Advertorial

CHERY TIGGO CROSS HYBRID – BAYAR RM99K, RASA MACAM RM 150K

Dalam dunia SUV kompak, pilihan semakin banyak dengan kebanjiran pelbagai model dan jenama terutama daripada negara China. Ada pembeli sukakan rekaan yang cantik, ada pembeli mahukan SUV yang laju, dan ada juga mementing penjimatan bahan api.

Hanya satu jenama dan satu model SUV sahaja yang dipasarkan di bawah harga RM 100,000 dan memiliki semua ciri-ciri di atas, tidak lain tidak bukan ialah Chery Tiggo Cross Hybrid

Ini bukan SUV sebarangan.

Dengan harga hanya RM99,800, Chery Tiggo Cross Hybrid datang bukan setakat dengan rupa yang segar dan moden, tapi juga dengan pakej teknologi yang boleh membuatkan kereta segmen lagi mahal berpeluh.

Kebanyakan pembaca apabila melihat perkataan “hybrid”, terus terbayangkan kereta perlahan yang mementingkan penjimatan bahan api semata-mata. Tapi Chery Tiggo Cross Hybrid ia dilengkapi dengan sistem Chery Super Hybrid (CSH) yang menggabungkan enjin 1.5L aspirasi normal dan menjana sekitar 96PS dengan 120Nm tork dengan motor elektrik berkuasa 204 PS dan 310 Nm.

Itu angka yang biasanya kita jumpa pada SUV turbo segmen C, bukannya SUV kompak pada harga RM99,000. Pecutan 0–100 km/j dilakukan dalam masa 8.9 saat, cukup pantas untuk kereta dalam kategori ni. Disebabkan ia hybrid, tork datang awal, menjadikan pemanduan harian di bandar atau jalan berbukit terasa santai.

Kehebatan CSH bukan sekadar pada kuasa tapi juga kecekapan bahan api. Chery Tiggo Cross Hybrid mencatat penggunaan bahan api sekitar 5.4L/100 km. Dengan tangki 51L, anda boleh menjangkakan jarak pemanduan hampir 1,000 km tanpa perlu singgah stesen minyak.

Tapi jangan silap kerana Chery Tiggo Cross Hybrid ini bukan plug-in hybrid. Anda tidak perlu risau pasal isu mengecaj di rumah. Enjin Chery Tiggo Cross Hybrid akan mengecaj semula bateri apabila diperlukan semasa dipandu

Satu lagi perkara yang membuatkan Chery Tiggo Cross Hybrid betul-betul menyerlah ialah sistem keselamata aktif, dan dilengkapi dengan sistem ADAS penuh lengkap dengan 16 fungsi, termasuklah:

  • ACC – Adaptive Cruise Control
  • TJA – Traffic Jam Assist (kereta ikut sendiri dalam jem)
  • LCA – Lane Change Assist
  • RCTB – Rear Cross-Traffic Alert & Braking
  • DOW – Door Open Warning
  • RCW – Rear Collision Warning

Chery Tiggo Cross Hybrid turut menawarkan sistem keselamatan yang merangkumi 7 beg udara, termasuk airbag tengah antara pemandu dan penumpang depan. Ciri ini sangat penting untuk menawarkan perlindungan tambahan dalam kemalangan sisi.

Chery bukan sahaja memberi fokus pada teknologi enjin dan keselamatan tapi juga sentuhan kecil yang buat perbezaan. Salah satu ciri yang menarik dan mewah ialah skrin khas untuk kawalan penyaman udara yang dipasang secara berasingan daripada unit skrin utama.

Skrin kecil ni bukan gimik kerana ia menjadikan sistem kawalan penyaman terasa lebih premium dan intuitif seperti kereta mewah buatan Jerman. Anda boleh mengubah suhu, kelajuan kipas atau mod operasi dengan lebih mudah

Walaupun kereta ini penuh teknologi moden, Chery masih mengekalkan tombol gear fizikal, bukan jenis tombol atau suis rotari yang pelik-pelik. Lebih menarik, Chery Tiggo Cross Hybrid masih menawarkan mod kawalan gear manual khusus bagi mereka yang mahukan kawalan yang lebih baik semasa pemanduan agresif

Masuk ke dalam kabin, Chery Tiggo Cross Hybrid memberikan suasana yang premium yang merangkumi:

  • Skrin berkembar 10.25inci untuk meter digital & infotainment
  • Sambungan Wireless Apple CarPlay & Android Auto
  • Pengecas telefon tanpa wayar 15W
  • Lampu kabin yang boleh diubah warna
  • Kamera 360°
  • Tempat duduk balutan kulit, dengan pelarasan elektrik untuk pemandu

Chery Tiggo Cross Hybrid bukan sekadar cantik, tapi menawarkan praktikal untuk kegunaan harian, terutama bagi pengguna keluarga muda atau profesional bandar. Dengan penawaran harga RM99,800 adalah sukar untuk mencari pesaing yang mampu lawan semua aspek ini dalam satu pakej.

Google ads
Back to top button