
LAMBORGHINI PANDAI BUAT ENJIN LAGI BESAR DENGAN KAEDAH MUDAH
Apabila Ferrucio Lamborghini memutuskan untuk bertanding dengan Ferrari, dia meminta bantuan Giotto Bizzarini untuk mencipta satu enjin baru bagi jentera Lamborghini. Sesetengah pihak mendakwa Ferrucio akan membayar bonus bagi setiap 1 kuasa kuda yang berjaya dihasilkan jika dibandingkan denga enjin V12 Ferrari.
Hasilnya Bizzarini berjaya menghasilkan enjin V12 3500cc, dengan rekaan aci sesondol berkembar pada setiap kepala silinder. Ini bermakna ini merupakan enjin DOHC dengan 4 aci sesondol, sebagai sindiran kepada enjin V12 Ferrari ketika itu yang hanya menggunakan sistem SOHC sahaja.
Apabila prototaip enjin ini siap pada tahun 1963, ia berupaya menjana 370 kuasa kuda pada 9000 RPM atau menghampiri 107 kuasa kuda bagi setiap 1000cc. Dari segi ketahanan mekanikal, enjin ini berupaya menjana sehingga 400 kuasa kuda pada 11,000 RPM dan juga sistem penghantaranbahan api yang dipertingkatkan.
Namun kuasa enjin ini dihadkan pada 280 kuasa kuda, diturunkan bagi kegunaan jalan raya, menggunakan karburetor biasa dan juga semua sistem sokongan untuk kegunaan jalan raya. Namun seiring dengan perkembangan dunia automotif menyaksikan enjin ini terus “membesar” kepada 6200cc dan paling mutakhir ialah 6500cc.
Antara pembaharuan yang diterima oleh enjin ini termasuklah menerima 2 injap tambahan pada setiap silinder menjadi 4 injap, menggantikan karburetor Weber kepada sistem suntikan bahan api EFI dan menukar sistem pelinciran daripada wet sump kepada dry sump
Malah enjin yang digunakan oleh model Murcielago LP 640 pada hari ini masih boleh dikesan mewarisi beberapa rekaan enjin yang dibina oleh Bizzarini 40 tahun yang lepas
Selepas diperkenalkan [ada model 350GT pada tahun 1964 dengan sesaran 3500, enjin V12 ini membesar kepada 5200cc pada tahun 1985. Namun jika kita meneliti cara Lamborghini membesarkan enjin ini sebenarnya mudah dan agak kelakar
Lamborghini pada ketika itu adalah syarikat persendirian denngan dana yang terhad, jadi membina enjin baru adalah sukar bagi mereka. Jadi Lamborghini hanya menambah lapisan keluli antara blok enjin dan juga kepala silinder bagi menghasilkan lejang yang lebih besar dan menambah sesaran enjin.
We see this in R&T editor-at-large Matt Farah’s video of the engine removal in his 1987 Countach.
Dalam sejarah enjin ini, semasa model Countach dan LP400S dihasilkan, enjin V12 ini dibesarkan menjadi 3900cc manakala bagi kegunaan model LP500S enjin ini menjalani proses bore & stroke untuk dibesarkan menjadi 4800cc. Hanya ketika ingin membesarkan enjin ini daripada 4800cc kepada 5200cc barulak kepingan keluli ditambah.
Kalau nak buat enjin blok baru, ia melibatkan kos yang mahal. Jadi cara paling mudah ialah tambahkan kepingan keluli dan enjin ini dibesarkan menjadi 5200cc. Tapi apabila Lamborghini membina enjin V12 untuk model Diablo dan Muricelago, penggunaan kepingan keluli tadi dihentikan terus.
Diablo dibina ketika Lamborghini berada di bawah Chrysler manajala Muricelago ketika berada di bawah kumpulan Volkswagen. Keadaan ini membenarkan Lamborghini menggunakan kantung duit kedua dua syarikat yang kaya untuk membina proses casting yang baru



