Buletin

ACER DAY KINI KEMBALI, TAWAR PROMOSI DAN HADIAH MENARIK DARI 3 OGOS HINGGA 30 SEPTEMBER 2023

Sambutan ‘Acer Day’ kini kembali lagi dengan tema #AceYourWorld dan menawarkan pelbagai promosi menarik untuk golongan pelajar, profesional atau usahawan.

Bermula hari ini, Acer Malaysia mempamerkan produk inovatif yang direka untuk meningkatkan produktiviti serta meningkatkan pengalaman digital dan gaya hidup.

Untuk makluman, promosi ini berlangsung dari 3 Ogos hingga 30 September 2023 di kedai rasmi Acer terpilih di seluruh Malaysia.

Acer Malaysia turut mengambil peluang ini dengan melancarkan Acer Swift Go 14 Special Edition yang dilengkapi paparan OLED 14-inci, mempunyai berat hanya 1.25kg, rekaan nipis, sekali gus memudahkan pengguna untuk membawa ke mana sahaja.

Acer Swift Go 14 Special Edition boleh didapati dalam dua varian iaitu model Core i7 atau Core i5 manakala harga pula bermula RM4,599 dan RM3,899, termasuk tawaran waranti 2 tahun.

Bukan itu sahaja, Acer Malaysia turut memberi peluang kepada orang ramai untuk merebut peluang memenangi hadiah bernilai lebih RM9,000 menerusi Acerpure Shopee Live.

Selain itu, Acer Malaysia menyediakan potongan harga sehingga RM1,430 untuk pelbagai produk terpilih Acer selain pelanggan boleh menikmati baucar tambahan sebanyak RM250.

Tambahan, Acer Malaysia tidak ketinggalan untuk mendekatkan diri dengan pelanggan menerusi karnival di lokasi terpilih pada hujung minggu termasuk menawarkan diskaun daripada 90 peratus bagi komputer riba, desktop, monitor dan peranti terpilih.

Di sana, pelanggan yang membeli produk akan dapat memutar roda dan berpeluang memenangi rebat tunai berjumlah sehingga RM230,000.

Tawaran menarik lain disediakan Acer Malaysia termasuklah anda boleh menebus Touch ‘n Go eWallet bernilai sehingga RM250 melalui www.a-redemption.com, hadiah berupa Nitro 5, bagasi Acer Melbourne, tiket ke Sydney serta banyak lagi.

Google ads
Back to top button