
BAU KEDAI MASIH BELUM HILANG, PENCURI LARIKAN MPV BAHARU MILIK DJ RADIO
Mujur sepanjang hari, malang sekejap mata, mungkin peribahasa sesuai untuk cerita seorang juruhebah radio tempatan, DJ Yoon apabila kereta baharunya hilang selepas 78 jam pembelian.
Kejadian berlaku di seberang jalan di suatu tempat di Petaling Jaya Seksyen 17, ketika dia bersama suaminya sedang makan di sebuah restoran.
DJ Yoon turut berkongsi rakaman CCTV di laman Facebook yang memaparkan Toyota Vellfire baharu itu berjaya dilarikan oleh pencuri.

“Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki berpakaian hitam menghampiri SUV putih saya. Pencuri kereta hanya mengambil masa satu atau dua minit!” Tulis DJ Yoon di Facebook.
Tambahnya lagi, dia merancang untuk memasang kunci anti-kecurian dan sistem GPS minggu ini tetapi malangnya, kereta itu hilang sebelum mereka sempat berbuat demikian.
Dalam pada masa yang sama, polis memaklumkan bahawa MPV sememangnya menjadi sasaran penjenayah masa kini dan terdapat banyak laporan serupa di mana pemilik kehilangan MPV.
“Selepas ini saya mempertimbangkan untuk memasang kunci stereng bagi mengelakkan kejadian serupa pada masa hadapan,” Jelas DJ Yoon.
Selain itu, DJ Yoon juga menggesa semua orang supaya berhati-hati dan memastikan kenderaan dilengkapi dengan sistem anti-kecurian yang baik. – The Rakyat Post
- BACA: KES KECURIAN KAMERA PERANGKAP KELAJUAN DI SWEDEN MENINGKAT. TENTERA RUSIA GUNA BUAT DRON?
- BACA: KERETA POLIS PUN JADI MANGSA KECURIAN PENGUBAH PEMANGKIN – HATI KERING BETUL PENCURI NI
- BACA: TULAR ‘KIA CHALLENGE’ DI TIKTOK, KES KECURIAN KERETA GUNA KABEL USB MENINGKAT
- BACA: RAM 1500 TRX KENA KEBAS DI KILANG PEMASANGAN STELLANTIS. BUKAN KES KECURIAN PERTAMA