
LAND ROVER DEFENDER CLASSIC V8 SOFT TOP – BOLEH DIBELI SEMULA DENGAN HARGA RM 1.6 JUTA SAHAJA!
Peminat Land Rover bangsa hat model lama pastinya berasa teruja melihatkan model yang satu ini. Land Rover telah mengesahkan bahawa mereka akan membawakan semula model lama yang baharu, Land Rover Defender Classic V8 Soft Top, sebuah model klasik Land Rover yang paling diingini oleh para penggemarnya.
Model Land Rover Defender Classic V8 Soft Top ini akan didatangkan secara eksklusif dengan menggunakan casis pendek ’90’ dengan kongfigurasi Soft Top, yang merupakan model Defender Soft Top pertama semenjak 2016, berdasarkan pengenalan Works Bespoke baharu bermula tahun 2024. Bumbung dengan rekaan Soft Top ini mampu menyediakan cara baharu kepada pelanggan dan peminat model Defender ini mengenai bagaimana sebuah model Classis Defender yang cukup lagenda.

Menarik tentang pembinaan model Land Rover Defender Classic V8 Soft Top ini, ianya adalah hasil kerja ratusan jam oleh para Jurutera Land Rover Classic yang handal. Ianya dimulakan dengan kenderaan daripada penderma khas yang modelnya dikeluarkan dari tahun 2012 – 2016 yang kemudiannya dipertingkatkan dan direka semula secara menyeluruh. Dan terhasillah model yang mengikut spesifikasi asal tetapi kini tampil dengan imej yang mewah dan cukup eksklusif.

Bahagian penutup kanvas yang ditempah khas ini memastikan kesesuaian dan keselesaan tersedia dalam empat warna Hitam sebagai standard, Sand, Dark Khaki dan juga Navy. Reka bentuk penutup kancas ini diinspirasikan daripada model yang dipasang pada Defender terakhir pada tahun 2016 yang turut disertakan dengan ikatan dan anyaman yang asal.
Bahagian sisi dan belakang kanvas boleh dilipat untuk membolehkan pemandu dan penumpang menikmati angin luar sepoi sepoi bahasa. Malah Land Rover Classic turut memberikan ikatan tambahan untuk memastikan ikatan kanvas kekal utuh ketika model ini dipandu laju atas lebuh raya.
Beberapa ciri kemasan peribadi boleh dipilih oleh pelanggan mengikut citarasa mereka termasuklah pada gril, pemegang pintu juga bonet skrip. Pilihan rim aloi Wolf 16 inci atau Sawtooth 18 inci juga boleh dipilih pelanggan.

Bahagian kabin juga pelanggan boleh memilih diantara tempat duduk kulit monoton lima pilihan warna atau pun dua tona warna.
Model ini akan dijanakan dengan enjin V8 5.0 liter dengan output maksimum 405 HP dan 515 Nm yang dipadankan dengan transmisi auto ZF lapan kelajuan.
Dengan harga £234,000 (RM1,653,762) anda sudah boleh memiliki sebuah model lagenda yang baharu keluar dari kilang.
BACA : LAND ROVER DEFENDER MILIK ROWAN ATKINSON INI BOLEH DIMILIKI DARI RM 207K!
BACA : LAND ROVER DEFENDER WORKS V8 TROPHY. TERHAD 25 UNIT, BERMULA RM1.08 JUTA