Buletin

LAND ROVER TERJUNAM 200 METER, PEMAIN BOLA SEPAK BRAZIL SELAMAT. PANJANG UMUR KAU NAK!

Seorang pemain bola sepak terselamat apabila kenderaan jenis Land Rover yang dinaiki terjunam dari ketinggian 200 meter di Brazil.

Menurut Globo Esporte, pemain pertengahan Cruzeiro, Henrique dikejarkan ke hospital selepas kejadian kira-kira pada pukul 6 petang, Jumaat lalu. Ajaibnya dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Bagaimanapun, pemain berkenaan perlu menjalani pemantauan di hospital Belo Horizonte.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Polis Tentera (MP), kenderaan pemain bola sepak itu terjunam dari ketinggian 200 meter di Taman Negara Rola Moca, Brumadinho.

Difahamkan, ketika diselamatkan, dia berada dalam keadaan ‘tidak tentu arah dan keliru’.

Lokasi kemalangan dilaporkan sukar diakses, sekali gus memaksa pihak penyelamat mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke kenderaan tersebut.

Polis berkata sebanyak empat jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian.

Pasukan Bomba mengambil masa kira-kira 4 jam untuk menyelamatkan mangsa sebelum dikejarkan ke hospital.

Pengurus Cruzeiro, Leandro Lima mengesahkan Henrique berada dalam keadaan sedar dan masih berada di hospital. Dia hanya mengalami luka-luka kecil. – thesun.

Google ads
Back to top button