
TUDM HANTAR PESAKIT GUNA PESAWAT A400M
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan penerbangan ihsan membawa seorang pesakit lelaki yang memerlukan pembedahan segera di Hospital Kuala Lumpur (HKL) .
TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan Suhaidin Naim, 50, diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah, ke Pangkalan Udara Subang, pada 1.30 tengah hari, menggunakan pesawat A400M.
“Pesawat dikendalikan Kapt Mohd Fitrie Idham Kamaruddin dan Kapt Wan Ubaidullah Wan Hanapi bersama lima kru pesawat tiba pada pukul 5.40 petang.
“Suhaidin yang mempunyai masalah salur darah bahagian leher dan menyebabkan lumpuh memerlukan pembedahan segera di HKL,” menurut kenyataan itu.
TUDM melaksanakan tanggungjawab sosial ini kepada mereka yang benar-benar memerlukan dan diharap usaha murni ini dapat membantu ke arah memastikan kesejahteraan rakyat serta negara terus terjaga.
- BACA: CHINA PERTIMBANG PERKENAL PESAWAT PENGEBOM XIAN H-20. BOLEH BURUKKAN LAGI KETEGANGAN SEDIA ADA
- BACA: PESAWAT SUBSONIK BRITISH AIRWAYS CATAT SEJARAH. NEW YORK-LONDON 2 JAM SAHAJA
- BACA: PRESIDEN MEXICO CUBA JUAL PESAWAT MEWAH. MAHU GUNA WANG BELI PERALATAN PERUBATAN
- BACA: ENJIN F1 HONDA TERBARU ADA KAITAN DENGAN ENJIN PESAWAT