Artikel PilihanBuletin

LAPANGAN TERBANG KULIM PENTING UNTUK SEKTOR PELANCONGAN – MENTERI

Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (LTAK) di Kedah merupakan salah satu projek terpenting yang akan menyumbang kepada industri pelancongan negara, kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Mohamaddin Ketapi.

Beliau berkat,a lapangan terbang yang terletak di bahagian utara negara, akan menarik lebih banyak pelancong dari sempadan Thailand.

“Banyak pelancong dari Thailand akan memasuki Kedah, ini adalah salah satu pintu masuk untuk pelancong… kita akan menggunakan Kedah sebagai pintu masuk dari utara,” katanya selepas melancarkan Malaysia Tourism City (MTC) semalam.

Mohamaddin berkata demikian apabila diminta memberi komen mengenai impak projek LTAK terhadap industri pelancongan negara.

Ditanya mengenai jangkaan kenaikan jumlah pelancong di utara negara itu selepas LTAK dibangunkan, beliau berkata: “Saya tidak mempunyai angka yang sesuai untuk memberitahu anda pada masa ini, saya fikir ia terlalu awal.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Bernama sebelum ini melaporkan bahawa Kedah akan menerima tujuh projek mega untuk membangunkan infrastruktur dan untuk kebajikan rakyat yang melibatkan peruntukan lebih RM3.2 bilion untuk membawanya setanding dengan negeri maju yang lain.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan berkata di antara tujuh projek mega itu ialah pembinaan LTAK dan Hub Pembuatan dan Logistik di Sidam berhampiran Kulim.

KREDIT: BERNAMA

Tags
Google ads
Back to top button