LAPANGAN TERBANG SUBANG BAKAL DIAMBIL ALIH? MAHB DAN MAG BOLEH RUGI SEHINGGA RM11.9 BILION
Seorang ahli perniagaan, Tan Sri Desmond Lim dilapor merancang untuk mengambil alih Lapangan Terbang Subang.
Menurut laporan The Vibes, Lim yang merupakan pemegang saham terbesar syarikat hartanah WCT Holdings Berhad akan menggunakan anak syarikatnya, Subang Skypark Sdn. Bhd. (SSSB) untuk membeli dan mengendalikan lapangan terbang tersebut sehingga tahun 2092.
Lim yang membeli 60 peratus saham dalam SSSB pada tahun 2018 daripada Tan Sri Ravindran Menon dan rakan niaganya, Datuk Aisamar Kadil Mydin Syed Marikiah pada harga yang tidak didedahkan didakwa mahu membangunkan semula tanah di sekeliling lapangan terbang berkenaan.
Cadangan itu telah pun diserahkan kepada Kementerian Pengangkutan dengan pelaburan awal bernilai RM3.7 bilion. RM1.7 bilion akan digunakan untuk terminal penumpang dan terminal jey ekskutif yang dijangka dibuka pada tahun 2027. Manakala baki RM2 bilion bakal digunakan untuk pembangunan bandar lapangan terbang dalam tempoh 10 tahun.
Selain membayar pampasan kepada pemiliknya iaitu Malaysia Airport Holdings Bhd., SSSB turut mencadangkan pelanggan lain seperti Polis Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia boleh terus menggunakan kemudahan sedia ada.
Perkembangan itu bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub. Beliau menggesa kerajaan tidak mengambil kesempatan atas darurat yang sedang dikuatkuasakan kini untuk menjual lapangan terbang itu.
Salahuddin menyatakanterdapat usaha untuk ‘merampas’ lapangan terbang itu yang didakwa akan menyebabkan kerugian kepada Khanazah Nasional Bhd (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
“Tolak runding terus. Buka Parlimen. Kita debat. Ini harta rakyat dan negara,” ciapnya di Twitter.
Lapangan terbang yang mula beroperasi pada 1965 itu kini menjadi pangkalan buat perkhidmatan pesawat turboprop Firefly dan Malindo Airlines. Ia kini dimiliki Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) dengan konsesi yang akan berakhir pada 2069.
Setakat hujung tahun 2020, Khazanah, KWSP dan Kumpulan Wang Persaraan (Kwap) mempunyai pegangan kolektif sebanyak 53 peratus dalam syarikat itu.
The Vibes turut mendakwa MAHB, bersama Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) yang memiliki Firefly menentang cadangan tersebut dan menghantar bantahan mereka kepada Kementerian Pengangkutan.
Kedua-dua syarikat berkenaan menyatakan langkah tersebut akan mengancam pulangan pelaburan buat pemilik MAHB, dan hal itu, kata mereka, “pasti (akan) melibatkan wang awam” kerana syarikat harus membayar pampasan kepada pemegang bon.
Mereka mendakwa kerugian itu bakal mencecah sehingga RM11.9 bilion berdasarkan konsesi lapangan terbang yang masih berbaki.
Daripada meneruskan dengan cadangan Subang Skypark itu, MAHB dan MAG sebaliknya mencadangkan agar MAHB dibenarkan untuk meneruskan rancangan “pembangunan semula lapangan terbang Subang” atau “Subang airport regeneration plan”.
Rancangan itu yang dijangka siap akhir 2025, akan melihatkan pembinaan hangar, kilang-kilang, serta kemudahan penyelenggaraan, baik pulih dan operasi (MRO). – Malaysiakini, MalayMail
- BACA: LAPANGAN TERBANG HYDERABAD TAWAR SUPERCAR SEWA. BOLEH PILIH LAMBO, PORSCHE, JAGUAR DAN MUSTANG
- BACA: PESAWAT BUDDHA AIR, LANDING SALAH LAPANGAN TERBANG PULA!!!
- BACA: SYARIKAT CHINA DAPAT KONTRAK BINA LAPANGAN TERBANG PHNOM PENH BERNILAI RM1.65 BILION
- BACA: 3,500 KERETA SEWA BERHAMPIRAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA FLORIDA MUSNAH TERBAKAR