Buletin

JUAL NOMBOR PEKERJA UNTUK BERI DISKAUN, FCA RUGI RM35.8 JUTA. JURUJUAL DITAHAN

Seorang jurujual Fiat Chrysler Automobile (FCA) didakwa kerana terlibat dalam konspirasi penipuan yang menyebabkan pengeluar kenderaan itu mengalami kerugian mencecah AS$8.7 (RM35.8 juta). 

Dakwaan jenayah itu menyatakan bahawa jurujual berusia 34 , Apollo Nimo dari Parkway Chrysler Dodge Jeep Ram melakukan penipuan dengan menawarkan diskaun kakitangan kepada pembeli yang tidak layak secara haram. FCA yang kini dikenali sebagai Stellantis memang ada menawarkan diskaun sebanyak 5 peratus kepada kakitangan dan keluarga mereka. 

Difahamkan kebanyakan jualan Nimo adalah di bawah program jualan kakitangan terkawal, sekali gus menjadikannya jurujual terbaik di AS. Penyiasat menjadi curiga apabila Nimo berjaya menjual sebanyak 250 buah kenderaan pada Januari 2020, satu angka yang luar biasa tinggi. 

Selain diskaun berkenaan, kerugian FCA turut melibatkan bonus yang diterima oleh Nimo. Menurut pegawai Siasatan Keselamatan Dalam Negara, Joseph Kunnummyalil, tertuduh didakwa telah menerima ganjaran lebih AS$700,000 (RM2.9 juta) daripada FCA dan komisen daripada pengedar. 

Pasukan penyiasat mengetahui tentang salah laku tersebut selepas nombor kakitangan telah dibeli dan dijual dalam kumpulan Facebook tertutup. Ramai kakitangan membuat aduan bahawa nombor kerja mereka digunakan tanpa kebenaran. 

Selepas disiasat, sebanyak 268 nombor kakitangan digunakan secara haram oleh Nimo sejak tahun 2016 hingga 2018. Setiap tahun, kakitangan FCA akan menerima sejumlah diskaun yang mereka boleh berikan kepada seorang saudara yang ingin membeli kenderaan baharu. 

Nimo kini ditahan dan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun. 

Google ads
Back to top button