Buletin

LARI CUKAI, JPJ INDIA RAMPAS 11 KERETA MEWAH MILIK KELUARGA AHLI POLITIK, USAHAWAN DI HYDERABAD

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) India merampas 11 buah kenderaan mewah melibatkan model Rolls-Royce, Ferrari, Lamborghini, Porsche dan Maserati kerana didakwa tidak membayar cukai. 

Di India, cukai yang dikenali sebagai ‘life tax’ dikenakan ke atas semua kenderaan bermotor dan kadarnya berbeza mengikut negeri. Di Telangana, cukai yang dikenakan adalah lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain.  

Semua pemandu ditahan selepas mengikuti satu acara konvoi melibatkan 15 buah kereta mewah di Hyderabad. Hanya 4 daripada mereka yang membayar cukai. Menurut pegawai bertugas, sebahagian daripadanya ialah kereta terpakai yang dibeli dan didaftarkan di negeri lain kerana struktur cukap yang lebih rendah. 

11 buah jentera berkenaan didaftarkan di negeri Puducherry, Tamil Nadu dan Kartanaka, tetapi dipandu serta tidak membayar cukai di Telangana. 

Majoriti kereta itu dimiliki oleh keluarga ahli politik dan usahawan yang sudah berada di dalam radar pihak berkuasa. Malah gerak-geri mereka dirakam oleh CCTV sejak enam bulan lalu untuk dijadikan bahan bukti. 

Pemandu yang berusia di antara 25 hingga 35 tahun itu dikatakan selalu berkonvoi pada hujung minggu. Mereka akhirnya berjaya ditahan ketika dalam perjalanan dari Jubilee Hills menuju ke Novotel, Shamshabad. Selain tidak membayar cukai, ada di antara mereka mempunyai saman trafik yang lain. 

“Mereka tinggal di Hyderabad dan kami ada bukti yang kukuh. Kami meminta ibu bapa kepada pemandu muda ini untuk memastikan anak mereka tidak memandu laju,” kata ketua operasi, Papa Rao. 

Google ads
Back to top button