Artikel Pilihan

SUSAH KE NAK HIDUPKAN CUKAI JALAN MOTOR YANG DAH MATI LEBIH SETAHUN?

[LANGKAH DEMI LANGKAH MENGHIDUPKAN CUKAI JALAN MOTOSIKAL YANG TELAH LUPUT MELEBIHI SATU TAHUN]

Amboiii! Panjang benor caption aku tu. Seperti yang sebahagian dari kau orang (rakan FB) tahu, sebaik menjual motosikal Y15 acah Movistar aku tempoh hari aku ada membeli sebuah motosikal skuter V100 untuk kegunaan kerja dan mode pengangkutan aku sehari-hari.

Setelah selesai proses penukaran nama mengguna khidmat runner tersohor (kerana aku dan owner lama agak sibuk) dan tidak dapat mencuri masa ke JPJ kami memutuskan untuk menggunapakai khidmat runner tersebut.

Aku buka mata dan bayar (mana nak nampak kalau pejam) khennn. Selesai satu bab.

Sebaik motosikal siap dibaikpulih sehingga boleh bergerak, kini masa untuk aku menunggang secara sah di jalanraya awam.

Ini step by step yang mungkin mampu memberi kau orang sedikit idea jika kau teringin benar untuk melakukannya sendiri. Sangat mudah!

1. Logon to mypuspakom.com.my untuk menempah slot temujanji bagi tujuan pemeriksaan.
– untuk motorsikal bayaran yang dikenakan RM21.20 termasuk GST untuk kod 9003 Arahan Khas JPJ. Ini disebabkan cukaijalan telah tamat tempoh melebihi satu tahun. Dalam kes aku dah mati hampir 3 tahun. Apa ke hal tak renew roadtax. RM2 je kot. Mungkin insurans lah mahal gamaknya.

2. Setelah membuat tempahan dan dapat tarikh dan waktunya kau prepare lah motorsikal tu apa yang patut. Mesti lengkap serba serbi dan berfungsi. Buruk tak apa, janji lengkap. Lebih elok kau pergilah hantar cuci sebelum hadir. Selera sikit orang nengoknya.

3. Aku pilih slot paling seawal. Seawal 8am dan pilihan yang aku ada untuk tarikh ini hanya di Padang Jawa. Datang awal lah, kita tunjukkan janji melayu itu istilah yang tidak wujud. Pukul 8 berjanji, 10minit awal kau dah sampai.

4. Disebabkan kau dah membuat temujanji, kau terus sahaja scan QR code di palang gate masuk ke tempat pemeriksaan. Jangan bimbang jika tersalah lorong, bertanya pada petugas yang ada. Malu bertanya, sesat sampai Zimbabwe aku tak tahu.

5. Motorsikal kau terus sahaja meluru ke bahagian belakang Puspakom (Padang Jawa) jangan pula kau mengada pergi beratur belakang lori.

6. Terus ke kaunter pendaftaran sebaik dibuka, untuk kau sahkan kehadiran dan penyerahan geran.

7. Dah selesai di kaunter pendaftaran kau tunggu di parkir motorsikal (ada papan tanda). Petugas akan hadir untuk melakukan pemeriksaan.

8. Apa yang diperiksa?
– Chassis Number (make sure tally dengan geran dan visible)
– Engine Number
– Signal
– Horn
– Brake
– Lampu
Kau kena pastikan ia benar berfungsi.

9. Selesai pemeriksaan kau tunggu sehingga keputusan dikeluarkan.

10. Jika tiada masalah dalam masa setengah jam keluarlah keputusan. Aku LULUS. Yahuuuu. Rasa nak nangis pun ada 🤣 (propa).

11. Kau terus ke ejen insuran (sama ada premis di luar) atau yang berkeliaran mencari pelanggan di dalam kawasan JPJ. Beri geran, mereka berikan quotation, kau bayar. Polisi sudah sedia.

12. Terus sahaja kau ke kaunter JPJ untuk menghidupkan cukai jalan. RM2 untuk motorsikal. Setahun sahaja yang boleh dan valid. Walaupun kau ada duit sebanyak RM2000 dalam poket, tetap kau tak boleh renew untuk 1000tahun mendatang. Jangan buat hal maki hamun pulak dan viralkan 😜

13. Memandangkan kau tadi sesi pagi, keluar rumah Subuh Shafi’i, mesti kau tak sempat nak sarap. Kau carilah cafe atau warung bawah pokok berdekatan dan nikmati sarapan dengan senyuman dan hati yang girang.

14. Kau menungganglah dengan berhemah, jangan jadi sakai. Tak perlu lari roadblock sudah.

Jika kau rasa benda ni mendatangkan manfaat kau kongsikanlah.

Sharil Azri
Baru nak merasa main skuter 2stroke

Kredit : Sharil Azri

Google ads
Back to top button