Buletin

TAK BAYAR CUKAI JALAN. LAMBORGHINI AVENTADOR SV KENA TUNDA

Polis Isle of Wight di pesisir Selatan England telah menunda jentera Lamborghini Aventador SV bernilai kira-kira lebih AS$300,000 (RM1.2 juta) berikutan tidak membayar cukai jalan sejak Ogos tahun lalu.

Menurut Yahoo News, kadar cukai jalan bergantung kepada pelepasan karbon di England.

Kenderaan yang menghasilkan lebih banyak pelepasan dikenakan cukai lebih tinggi daripada kenderaan yang menghasilkan pelepasan lebih sedikit.

Kadar yang paling mahal untuk cukai tersebut adalah pada AS$3,000 (RM 12,381) untuk tahun pertama dan tahun berikutnya dikenakan sebanyak AS$210 (RM866).

Bagaimanapun, jika kenderaan terbabit bernilai lebih daripada AS$55,000 (RM22,6985) seperti Aventador SV itu, pemilik perlu membayar lebihan sebanyak AS$450 (RM1,857).

Dalam insiden tersebut, dianggarkan pemilik jentera berkenaan perlu membayar sebanyak AS$660 (RM2,723) untuk cukai jalan.

Jumlah yang agak kecil berbanding nilai jentera mencecah jutaan ringgit. – carscoops/ FB Police Isle of Wight

Google ads
Back to top button