Artikel Pilihan

BAGAIMANA CUKAI JALAN DIKIRA?

Cukai jalan merupakan salah satu elemen yang mesti diambil kira sewaktu memilih untuk membeli kereta. Paling tak best, setiap tahun ia wajib dibayar kepada Jabatan Pengangkutan Jalan atau JPJ. Dah la kena bayar cukai jalan, insurans pun kena bayar.

Jadi semasa anda berkira-kira nak membeli kereta pastikan kos cukai jalan ini dimasukkan dalam faktor kewangan anda. Bukan apa, malu nanti. Cukup setahun tak mampu nak bayar insuran dan cukai jalan. Tapi macam mana cukai jalan dikira?

Motosikal

Bagi motosikal dengan kapasiti kurang dari 150cc, cukai jalannya cukup murah iaitu sekitar RM 2 sahaja bagi tempoh 12 bulan. Burger pun lagi mahal. Bagi motosikal yang kapasiti enjin melebihi 150cc, kosnya adalah seperti berikut:

Keadaan ini disebabkan moped ataupun kapcai digunakan oleh segenap lapisan masyarakat sebagai pengangkutan peribadi untuk ke tempat kerja dan sering digunakan oleh rakyat marhaen seperti penulis, maka tidak hairanlah cukai jalannya cukup murah

Kenderaan berkuasa Petrol Milik Individu

Sama seperti motorsikal, kereta juga dikenakan cukai jalan berdasarkan saiz enjin. Saiz enjin yang diberi diskaun yang banyak ialah antara 0cc-1600cc. Keadaan ini menjelaskan mengapa kereta nasional mengekalkan saiz enjin pada 1600cc. Berikut ialah cukai jalan berdasarkan saiz enjin:

Sebaik sahaja saiz enjin melebihi 1600cc, cara pengiraan cukai jalan akan menjadi sedikit rumit tapi tidaklah susah sangat seperti nak memilih calon Perdana Menteri di blok pembangkang. Antara 1600cc-1800cc, kadar asas ialah RM 200 dan melebihi 1800cc kadar asasnya ialah RM 280. Anda boleh rujuk jadual di bawah bagi maklumat.

Sebagai contoh kita cuba kira cukai jalan bagi Honda Civic 1.8S yang datang dengan saiz enjin 1799cc. Kadar asas yang dikenakan ialah RM 200 bagi 1600cc yang pertama. 199cc lagi perlu didarab dengan RM 0.40 menjadikan kos tambahan RM 79.6. Kos cukai jalan bagi Honda Civic 1.8 ialah RM 200 + RM 79.6, menjadikan kos keseluruhan ialah RM 279.60.

Bagi kereta yang saiz enjin melebihi 2000cc, kadar caj dan kenaikan yang dikenakan bagi setiap CC tambahan mulai meningkat secara drastik. Secara rumusan, anda boleh lihat jadual di bawah untuk rujukan.

Jika diteliti untuk enjin yang melebihi 2000cc, setiap CC tambahan akan dikenakan cas tambahan RM 1 sehingga saiz enjin 2500cc. Bagi enjin 2500cc-3000cc, setiap CC tambahan bermula dari 2500cc dikenakan cas RM 2.50 bagi setiap CC.

Paling azab nak perbaharui insuran ialah saiz enjin 3000cc dengan kadar asas sahaja sudahpun mencecah RM 2130. Bagi setiap CC tambahan, anda perlu bayar dengan harga RM 4.50

Kenderaan Berkuasa Disel Milik Individu dan Syarikat

Dalam bab ini, ada keistimewaan sikit. JPJ memberikan tarif yang sama bagi kenderaan dengan enjin disel samaada ia dimiliki oleh individu ataupun hakmilik syarikat. Seperti biasa enjin 1600cc ke bawah menerima tarif keistimewaan seperti berikut:

Jika diperhatikan, tarif cukai jalan bagi enjin 1000cc dan kebawah adalah sama dengan enjin petrol. Namun tarif ini akan meningkat naik sebaik sahaja melepasi 1001cc. Masalahnya kat Malaysia ini susah nak jumpa enjin disel kecil, paling kecil pun bersaiz 1900cc yang dipasang di Isuzu D-Max

Ada beberapa halangan teknikal yang menyebabkan saiz enjin disel tidak boleh dibuat terlalu kecil samaada isu tekanan dan juga bunyi. Bagi enjin disel yang dibuat melebihi 1600cc, berikut ialah tarif cukai jalan yang dikenakan.

Jika anda perasan, kadar asas cukai jalan akan meningkat secara mendadak apabila saiz enjin disel melebihi 2500cc. Keadaan ini menjelaskan mengapa sesetengah pengeluar seperti Ford mengecilkan enjin mereka daripada 2500cc menjadi 2200cc dan seterusnya 2000cc bagi pikap Ranger mereka

Seperti biasa, bagi mengatasi masalah cukai jalan yang tinggi yang perlu dibayar kepada pihak berkuasa maka jurutera menghasilkan sistem Turbo. Kelebihan yang jelas pada sistem turbo ialah cukai jalan lagi murah enjin lebih ringan berbanding dengan enjin bersaiz besar.

Google ads
"
"
Back to top button