
UNITED AIRLINES BENARKAN KAKITANGAN HADAPAN ADA TATU, BERSOLEK DAN MEWARNA KUKU
Syarikat penerbangan United Airlines dilapor akan mengumumkan garis panduan penampilan baharu kepada kakitangan yang berurusan dengan pelanggan seperti di pintu masuk dan krew pesawat.
Perubahan yang tertakluk kepada semua kakitangan tanpa mengira jantina itu melibatkan empat aspek utama iaitu tatu, kepanjangan rambut, solekan dan warna kuku.
“Sebagai wajah hadapan United, kakitangan ini boleh memberikan pengalaman lebih baik apabila mereka rasa dan berada dalam penampilan terbaik,” kata Naib Presiden Ekskutif Jabatan Sumber Manusia United Airlines, Kate Gebo.
Menurut Gebo, pihaknya menghabiskan masa selama beberapa tahun mendengar maklum balas daripada kakitangan untuk membangunkan garis panduan penampilan yang baru itu. Pihaknya juga yakin bahawa standard penampilan baharu tersebut akan memberi lebih nilai kepada budaya dan personalti kakitangan United Airlines.
Sebelum ini, pekerja barisan hadapan United Airlines tidak boleh menunjukkan tatu mereka ketika melayan pelanggan. Peraturan itu bagaimanapun bakal berubah bermula 1 September depan.
Namun, tatu berkenaan tidak boleh terlalu besar serta mengandungi imej atau perkataan kurang sopan. Tatu juga tidak boleh dicacah pada bahagian muka, leher atau tangan.
Meneyntuh tentang solekan pula, mereka kini dibenarkan bersolek dengan solekan warna semulajadi sahaja dan tidak boleh berlebihan. Manakala kepanjangan rambut tidak boleh melepasi bahu dan mesti berada dalam keadaan yang kemas.
- BACA: AIRSIAL DIJANGKA OPERASI TAHUN DEPAN. JANGAN MACAM-MACAM, SYARIKAT PENERBANGAN ASLI DI PAKISTAN
- BACA: FIREFLY AKAN JADI SYARIKAT PENERBANGAN NASIONAL JIKA MALAYSIA AIRLINES DITUTUP
- BACA: MOTOSIKAL TERBANG SPEEDSTER LULUS UJIAN PENERBANGAN. HARGA BERMULA RM1.6 JUTA
- BACA: INI ADALAH PRODUK YANG DIHASILKAN OLEH SYARIKAT AUTOMOTIF.