Motosikal

VINALES UNGGULI MOTOGP MALAYSIA 2019. MARQUEZ KEJAR DARI GRID KE-11 UNTUK JADI NAIB JUARA

Pelumba pasukan Monster Yamaha, Maverick Vinales mempamerkan tunggangan mantap untuk menafikan penguasaan pelumba Repsol Honda, Marq Marquez dalam saingan MotoGP Malaysia 2019 di Litar Sepang yang berakhir petang tadi. 

Maverick yang bermula dari grid kedua selesa memimpin perlumbaan hingga ke garisan penamat tanpa dicabar sengit oleh pelumba-pelumba lain. Biarpun begitu, pujian harus diberikan kepada Marquez yang bermula dari grid ke-11 sebelum memotong satu demi satu pesaingnya. 

Marquez bagaimana pun gagal mengejar Vinales yang berjaya menamatkan perlumbaan dalam masa 40 minit 14.63 saat. Saingan sengit sebenarnya ditunjukkan oleh tiga pelumba yang cuba berada di tempat ketiga. 

Pelumba pasukan Ducati Corse, Andrea Dovizioso terpaksa bekerja keras mengekang asakan seorang lagi pelumba pasukan Monster Yamaha, Valentino Rossi.

Ada ketika, Rossi berjaya memintas Dovi, tetapi penguasaan itu tidak lama. Turut berada dalam saingan merebut tempat ketiga ialah pelumba pasukan Ecstar Suzuki, Alex Rins. 

Dovi akhirnya dapat menarik nafas lega apabila berjaya memastikan tempat ketiga menjadi milikmya. Manakala Rossi dan Rins terpaksa berpuas hati di tempat keempat dan kelima. 

Paling kecewa pastinya pelumba pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team, Fabio Quartararo. Quatararo yang bermula di grid pertama hanya dapat menduduki tempat ketujuh di belakang rakan sepasukannya, Franco Morbidelli. 

Mereka berdua dilihat gagal mengulangi aksi cemerlang ketika sesi latihan pada hari sebelumnya. 

kredit foto: motogp.com

Google ads
Back to top button