Artikel Pilihan

INI 7 RAHSIA MARC MARQUEZ KEKAL JADI JUARA MOTOGP

Minggu lepas penulis baru sahaja membonceng motosikal untuk perjalanan jarak dekat yang mengambil masa sekitar 30 minit sahaja. Namun disebabkan cara postur duduk di atas motosikal yang tidak betul ataupun pelapik kusyen yang keras, peha dan pinggul terasa agak kebas. Bayangkan kalau terpaksa menunggang motosikal untuk perjalanan jarak jauh.

Sewaktu belajar dan mula bekerja dulu, penulis banyak menunggang motosikal untuk berulang alik dari pejabat ke rumah. Pernah juga terlelap di atas moto selama sesaat sewaktu bulan Ramadhan sewaktu menunggang di dalam hujan. Rasanya elok sangat kalau kita buat latihan fizikal yang Marc Marquez buat, mana tau boleh berlumba di litar nanti

Di sini kami paparkan beberapa latihan fizikal yang dibuat oleh Marc dalam membina kekuatan fizikal bagi mengharungi cabaran perlumbaan Moto GP. Latihan fizikal ini menekankan pembinaan otot dan juga ketahanan fizikal sewaktu berlumba

1. Latihan membina otot bahu untuk membina kestabilan ketika menunggang motosikal. Latihan ini juga menekankan badan yang elastik agar mengurangkan kecederaan ketika bergolek sekiranya terjatuh dari motosikal

2. Latihan membina upper trunk iaitu fokus membina kekuatan otot pergelangan tangan, lengan, biceps dan juga bahagian belakang. Ini membantu Marc mengalihkan badan dengan mudah sewaktu mengambil selekoh

3. Latihan pada core badan iaitu perut dan dada. Latihan kestabilan dan refleks ini juga membantu Marc membina otot kaki agar tubuhnya dapat bekerja dalam keadaan tekanan.

4. Latihan khusus untuk membina otot peha dan betis bagi membantu Marc mengepit tangki petrol ketika berlumba. Jika tidak menggunakan otot peha, Marc menjelaskan bahawa badannya mungkin akan bergerak 2 3 kali dari kedudukan asal. Malah kedua dua kaki bekerja dalam keadaan kontra antara satu sama lain. Satu kaki akan berusaha menyokong badan agar tidak jatuh dan satu lagi kaki dan satu lagi kaki menekan cesi motosikal

5. Latihan untuk mendapatkan reaksi pantas dan koordinasi refleks badan membantu Marc mengawal motosikal dengan pantas tanpa perlu berfikir panjang. Otot badan yang dilatih dengan kerap bermula dari bahu sehingga kaki membantu tindakan saraf motor dengan pantas dan kuat.

6. Latihan di rowing machine bagi membina otot di bahagian dada dan juga lengan bagi memberikan kekuatan fizikal pada tangan. Setiap kali selekoh, Marc perlu berhadapan dengan daya G yang cuba mencampak motornya keluar dari litar. Tangan yang kuat adalah perlu bagi bagi mengatasi daya G ini.

7. Marc juga berlatih berlumba motorcross setiap kali masa terluang. Pada pendapatnya permukaan litar motorcross yang berlubang, laluan yang berubah dan terlalu banyak gangguan membantunya memahirkan diri dan otaknya dengan litar dengan pantas serta mengubah cara menunggang dengan berkesan. Tiada salahnya kalau sesekali berlatih dengan berseronok dengan motorcross.

Google ads
Back to top button