Motosikal

MARC MARQUEZ DAH UJI HONDA CBR1000RR-R 3 BULAN LEBIH AWAL SEBELUM EICMA 2019

Sebagai juara dunia enam kali MotoGP, pelumba pasukan Repsol Honda, Marq Marquez semestinya menerima banyak kelebihan daripada pengeluar motosikal berpengaruh dari Jepun itu. 

Terbaharu, Marquez diberi peluang untuk menunggang uji sportbike Honda CBR1000RR-R Fireblade tiga bulan lebih awal sebelum ia diperkenalkan pada acara EICMA 2019. 

Menjadi antara model paling menonjol di EICMA 2019, CBR1000RR-R telah dipertingkat dari segi prestasi supaya boleh ditunggang setiap hari dan melayan selekoh di litar pada hujung minggu. 

Mampu menjana kuasa mencecah 214hp pada 14,500rpm dan tork setinggi 113Nm, ia akhirnya menyertai kelab jentera berkuasa 200hp sekali gus dapat bersaing dengan model-model keluaran Ducati dan Kawasaki. 

Tidak dapat dinafikan bahawa Honda akan menggunakan motosikal ini sebagai senjata untuk kembali menggunguli perlumbaan WorldSBK selepas beberapa tahun mencatat keputusan kurang memberangsangkan dengan Fireblade lama yang kurang berkuasa. 

Menurut Honda, CBR1000RR-R yang menyertai WorldSBK akan dibina di bengkel rasmi HRC bersama jentera MotoGP, Honda RC214V. 

“Bahagian hadapan motosikal ini cukup stabil. Winglet juga berfungsi dengan baik, terutama ketika dibrek keras dan ia dapat mengambil selekoh dengan pantas. Dah macam jentera MotoGP, walaupun ia hanya sebuah streetbike. 

“Inilah motosikal terbaik untuk peminat dan mereka yang sukakan motosikal,” kata Marquez. 

Google ads
Back to top button