" "
Buletin

LEBIH 86% WARGA PROTON SUDAH LENGKAP DIVAKSIN

Berikutan perlaksanaan pusingan kedua program vaksinasi PIKAS minggu lalu, lebih 86 peratus dari 8,486 warga kerja PROTON sudah divaksin sepenuhnya sebagai langkah pencegahan Covid-19.

Angka berkenaan dijangka bertambah kerana 98 peratus pekerja sudah menerima dos pertama, sejajar dengan sasaran syarikat untuk mencapai imuniti kelompok dalam rangkaian operasi syarikat.

Sama seperti pusingan pertama vaksinasi, kompleks sukan di kilang Tanjung Malim telah digunakan sebagai Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) yang menyediakan kemudahan vaksinasi bagi warga kerja serta pembekal di kawasan setempat. Sementara mereka yang bekerja di Shah Alam mendapat vaksin di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

PROTON ingin memaklumkan bahawa program vaksinasi PIKAS telah dijalankan dengan berjaya. Seramai lebih 60,000 orang dalam ekosistem perniagaan kami, termasuk warga kerja daripada pembekal dan wakil jualan. 

“Kami amat berterima kasih kepada MITI, MOSTI dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas segala bimbingan bagi memastikan semua yang mendaftar melalui aplikasi MySejahtera telah mendapat vaksin mereka. Ia merupakan tugasan besar yang memerlukan koordinasi yang baik.

“Kami menjangkakan lebih 80 peratus daripada rangkaian operasi kami akan mendapat sekurang-kurangnya satu dos

vaksin menjelang akhir Ogos. Ini akan membantu PROTON untuk memulakan operasi sebaik sahaja industri automotif diberi lampu hijau untuk kembali beroperasi di seluruh negara,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON, Dr Li Chunrong.

Sebagai persediaan, PROTON telah meneliti semula prosedur perniagaannya untuk mengurangkan kebarangkalian penyebaran jangkitan penyakit. Operasi di setiap rangkaian telah diperketatkan untuk melindungi pelanggan dan pekerja. 

“PROTON komited untuk membantu Malaysia mengurangkan angka penularan wabak Covid-19 supayamencapai matlamat Pelan Pemulihan Negara. Kami telah menghasilkan proses baharu di semua peringkat, dari kilang pembuatan ke pejabat korporat demi memastikan persekitaran bekerja yang baru dan selamat.

“Ini juga bermaksud peraturan ketat akan dikuatkuasakan dan kaedah seperti mesyuarat dalam talian dan pembahagian kerja dari rumah dan pejabat akan menjadi norma baru dalam masa terdekat,” tambah Dr Li Chunrong. 

Google ads
Back to top button