Artikel PilihanMotosikal

TITIK BUTA DI LEBUHRAYA. BAHAYA YANG TERSEMBUNYI…

Siang hari. Cerah. Semua ok. Highway Lurus. Bukan cornering. Pandangan mata kita melihat sejauh mata memandang. Sah traffic clear. Kita pun tekan minyak sikit or Pulas throttle untuk tambah kelajuan yang lebih selesa.

Apa yang kita tak tahu. Masa kita lihat sejauh mata memandang dan sah traffic clear. Rupanya 150 meter ke 200 meter di depan kita ada heavy traffic. Kita tak nampak.

Bila sampai di satu spot. Baru kita nampak heavy traffic tu. Tapi jarak dengan heavy traffic tu tinggal 50meter ke 90meter sahaja.

Tiga lane semua penuh. Banyak kenderaan bumper to bumper. Semua sedang bergerak sangat perlahan. Seolah-olah berhenti. Rupanya disebabkan ada kemalangan.

Panik pun berlaku kepada kita.

Sempat atau tak untuk tutup atau lepas minyak, brek sikit sikit dan biarkan engine braking membantu. Sempat tak kalau dibantu dengan drop gear. Fikiran rasa nak buat hard braking. Tapi dapat rasakan akan hilang keseimbangan akibat brek kuat mengejut dalam kelajuan ni.

Mengapa tak nampak ?

Walhal pandangan mata kita dah lihat sejauh mata memandang lebih dari 300 meter. Jalan lurus. Cuaca cemerlang. Jawapannya. Blind Spot Jalan Berbukit.

Kawasan kemalangan heavy traffic tu berada di bawah paras pandangan mata kita. Disebabkan Faktor Jalanraya atau highway berbukit bukit.

Contoh seperti foto sketch yang dikongsi bersama dengan Tulisan ni.

Banyak juga kes semenjak dulu. Kemalangan kemalangan besar akibat blind spot berbukit di jalan LURUS.

Kenapa saya teringat nak share ni. Sebab saya dah melalui situasi ni. Saya dah merasa saat saat yang sangat cemas. Serius sangat cemas. Jadinya. Saya nak share untuk sahabat sahabat semua alert.

Saya melalui situasi ni di MEX. Blind spot jalan berbukit ni ada di banyak route.

Pengalaman pertama saya blind spot seumpama ni. Ada trauma sikit. Inshaallah sedikit masa lagi saya akan share detik detik tu dan apa yang saya try buat.

Sambungan dari post Blind spot Highway lurus.

Dari putrajaya menuju Kuala Lumpur. Tengah ride santai relax atas MEX Expressway. Lebih kurang jam 10 pagi. Cuaca cun cemerlang. Tiga lane Traffic clear dengan hanya sikit saja kenderaan lain.

Dengan kelajuan normal santai Superbike. Maintain Lane paling kanan.

Tiba di satu lokasi. Pandangan mata sejauh mata memandang. Kali ni Total traffic clear habis.

Diri rasa nak up sikit lagi pulas throttle. Kepala pun ditundukkan lagi rapat sikit ke tank untuk beri laluan angin.

Mata yang tadi dah sah comfirmkan jalan clear sejauh mata memandang.

Tiba-tiba. Sampai di satu spot yang tak jauh dari lokasi pulas throttle. Ternampak heavy traffic kenderaan bumper to bumper. Jarak tak sampai 100 meter!

Allahuakbar!!!. Perkataan pertama automatik terkeluar dari mulut.

Terus terang. Automatik juga teringat keluarga.

Jantung berdegup kencang. Segala jenis simptom ketakutan kecut semua keluar.

Secara spontan. Terus tutup minyak. Engine braking dalam ‘mode race’ BMW S1000RR memang terasa banyak membantu.

Saya apply slow braking banyak kali. Try nak elak hard braking yang pasti akan crash dengan kelajuan ni pada pendapat saya.

Jantung kuat berdegup. Hanya fikir. Kalau memang tak sempat. Barulah Terakhir sekali buang motor. Bahasa lebih kemas lagi jatuhkan motor & biar low side.

Kalau berlaku. Maka saya akan slide atas jalan. Daripada hard braking yang boleh hilangkan keseimbangan dan membawa kepada highside yang lebih teruk.

Jentera terus menuju ke arah kenderaan yang terakhir dalam heavy jem tu. Terus bermain dengan brake depan.

Rasanya perasan ada drop gear. Tapi tak ingat sampai mana. Jarak tinggal lagi lebih kurang 10 meter macam tu. Saya Dapat kawal jentera Jerman ni. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH.

Diri terus istighfar panjang-sepanjang panjangnya.

Ini situasi paling sirius pernah lalui atas jentera dua roda.

Alhamdulillah. Semua ok. Bila keluar je dari heavy traffic ni. Depan sekali nampak kemalangan baru ‘fresh’ jadi antara dua kereta. Punca utama berlaku heavy traffic.

Kemudian terus ride gerak menuju balik rumah dalam keadaan membawa pengalaman baru dan iktibar.

Dari pengalaman saya menunggang Mt09, gsxr1000 hingga ke s1krr ni. Timba banyak pengalaman ride atas jalanraya dan ‘Alert’ pada banyak situasi risiko bahaya dan beberapa kategori blind spot serta puncanya.

Tapi. Kali ini pengalaman pertama. Blind spot yang ada pada jalan atau Highway lurus iaitu Blind spot berbukit.

Pandangan mata kita sejauh mata memandang. Semua nampak cun clear. Rupanya. 150 ke 200 meter di depan ada heavyv traffic. Kedudukan Heavy traffic ni dibawah dari pandangan mata kita disebabkan jalanraya berbukit rendah dan tinggi.

Bila saya kaji. Walaupun dalam kelajuan biasa 100 ke 120km sejam bawa motor atau kereta. Bila Tiba di blindspot ni tetap bahaya.

Sebabnya jika kemalangan baru sahaja berlaku dibawah paras pandangan mata kita. Sama ada sempat brake atau elak bergantung pada jarak kita dan kawasan kemalangan. Maka berhati hati kepada semua pengguna jalanraya.

Lain kali. Bila nampak je blind spot berbukit ni. Slowlah kejap. Depan tu kita tak tahu. Mungkin ada kemalangan yang baru jer berlaku atau ada apa apa jua halangan yang kita tak jangka langsung.

Moga bermanafaat untuk semua sahabat kawan rider dan kenderaan empat roda.

Diari Sbk Erwin Afandi

Tags
Google ads
Back to top button