" "
Buletin

RAKAM FOTO DI ATAS LEBUH RAYA, PEMILIK MAZDA2 BERDEPAN DENDA RM7,850 ATAU PENJARA 2 TAHUN

Apa yang anda akan lakukan apabila berada di atas lebuh raya lengang kerana kuarantin atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? 

Seorang lelaki di Thailand memilih untuk berhenti di tengah-tengah jalan di Lebuh Raya Si Rat dan merakam foto Mazda2 sedan miliknya.

Lebih champion, dia kemudian berkongsi foto tersebut di media sosial. Seperti dijangka, dia menerima banyak pujian daripada rakan-rakan dan perhatian daripada pihak berkuasa. 

Adakah tindakannya merakam gambar melanggar perintah berkurung yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Thailand? Tidak juga kerana perintah berkurung hanya berkuat kuasa pada 3 April lalu. Sedangkan dia merakam gambar pada 29 Mac 2020. 

Nampak seperti dia tidak bersalah kan? Tetapi Pihak Berkuasa Lebuh Raya Thailand jelas tidak gembira dengan tindakan lelaki tersebut dan dilapor akan mengambil tindakan tegas. 

Walaupun dia mungkin berjaya mengambil beberapa keping gambar Mazda2 berwarna kuningnya yang cantik, pemandu itu juga kini popular kerana melanggar peratuan lebuh raya. 

Jika didapati bersalah, dia mungkin dikenakan hukuman denda sehingga 59,000 baht (RM7,850) atau penjara selama dua tahun kerana melanggar perintah berkurung. 

Memang tak berbaloi langsung…   

Google ads
Back to top button