
MERCEDES-AMG C63 S E PERFORMANCE 2023. TRENKUASA HIBRID, 2.OL TURBO 671HP
Mercedes-AMG baru-baru ini melancarkan model kembar sedan dan wagon Mercedes-AMG C63 S E Performance 2023. Pastinya kehadiran Mercedes-AMG C63 S E Performance 2023 adalah untuk menjadi pesaing kepada BMW M3 Sedan dan BMW M3 Touring.
Penampilan luaran Mercedes-AMG C63 S tidak seperti pesaing mereka yang mempunyai kidney grill berkembar terlampau besar.
Terdapat jeriji hadapan Panamericana, dimensi fender depan yang bertambah tiga inci, logo AMG pada bahagian hud enjin, serta lencana ‘Turbo E Performance’ pada kedua-dua model.

Rim bersaiz 19 inci dengan pilihan rim 20 inci, dibantu oleh sistem suspensi adaptif dan spring keluli pada keempat-empat sudut. Bahagian belakang menampilkan set tip ekzos trapezoid yang tipikal untuk sebuah AMG bernombor 63.
Selain itu, berat jentera tersebut mencecah 2,036 kg berbanding model sedan C63 S sebelumnya dengan berat sekitar 1,680kg. Manakala model wagon 34kg lebih berat berbanding model sedan.
Di ruang kabin terdapat ciri unik seperti paparan spesifik AMG pada skrin kluster digital, ciri pemasa litar, pemilihan butang mod pemanduan pada roda stereng, serta opsyen tempat duduk sport AMG dengan rekaan bolster yang lebih agresif. Sebagai sebuah PHEV, Mercedes-AMG C63 S E Performance turut menawarkan ciri pemanduan pedal tunggal.
Ciri stereng gandar belakang dipasang pada C63 S, selain brek karbon, peredam adaptif, pemilihan mod pemanduan AMG Dynamics dan paparan head-up.
Kedua-dua sedan dan wagon C63 S hadir dengan trenkuasa teknologi hibrid yang terdiri daripada enjin 2.0 liter turbo M139L bersama unit pengecas turbo elektrik yang lebih besar. Hasilnya, ia mampu menjana kuasa setinggi 470hp dan tork 545Nm. Gandar belakang berkuasa 201hp dijana oleh motor elektrik dibantu dengan LSD kawalan elektronik dan unit pacuan dua kelajuan.
Dengan pek bateri 6.1 kWh, kedua-dua model itu boleh bergerak sejauh 13km pada kelajuan 125 km/j. Ia mampu menjana kuasa 671hp dan tork 1,020Nm dengan pecutan 0-100 km/j dalam tempoh 3.4 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j (boleh ditingkatkan kepada 280 km/j).
Tersedia buat pertama kalinya adalah sistem pacuan semua roda 4MATIC+ yang digandingkan dengan sistem transmisi automatik sembilan kelajuan. Sehingga kini, Mercedes-AMG masih belum mengumumkan harga jualannya.
GALERI:







- BACA: PEMANDU MERCEDES-AMG C43 LARIKAN DIRI SELEPAS REMPUH PAM MINYAK PETRONAS DI LDP
- BACA: WANITA BENGANG MERCEDES-AMG G63 BERHARGA RM2.2 JUTA BARU DIBELI ROSAK SELEPAS MEMANDU HANYA 350KM
- BACA: GAJI KURANG RM6K, SANGGUP BELI MERCEDES-BENZ C300 UNTUK TEMAN WANITA. CUMA TINGGAL RM450 BELANJA SEBULAN
- BACA: MERCEDES-EQS 450+, EQB 350 4MATIC DAN EQC 400 4MATIC KINI DI MALAYSIA. BERMULA RM330K SAHAJA!






