Artikel PilihanBuletin

LELAKI INI BELI KERETA KEBAL TERPAKAI DAN TEMUI JONGKONG EMAS BERNILAI RM11 JUTA!

Nick Mead, 55 tahun merupakan seorang pengumpul kenderaan tentera dari Helmdon, Northamptonshire United Kingdom. Beliau mempunyai koleksi yang besar terdiri daripada hampir 150 buah unit kenderaan tentera dalam koleksinya.

Baru-baru ini Nick menjadi tumpuan selepas membeli sebuah kereta kebal Iraq terpakai dari laman jual beli atas talian, eBay. Mana tidaknya, kereta kebal yang dibeli beliau dengan harga RM167,000 rupanya mempunyai jongkong-jongkong emas yang bernilai melebihi RM11 juta ringgit di dalam tangki bahan apinya!

BACA: AHLI POLITIK HADIAHKAN ISTERI LAMBO DAN KEMALANGAN

BACA: PANDU 1.6 JUTA KM, TOYOTA HADIAHKAN LELAKI INI KERETA BARU

Jongkong-jongkong emas tersebut ditemui ketika Nick memulakan proses restorasi ke atas kereta kebal buatan Russia model T54/69 tersebut bersama rakannya yang juga seorang mekanik, Todd Chamberlain.

Kereta kebal tersebut telah dibeli oleh Nick selepas menemuinya diiklankan dalam laman jualbeli eBay dengan harga RM167,000. Beliau bagaimanapun menukarnya dengan koleksi beliau yang bernilai lebih kurang sama nilainya, sebuah lori tentera dan mesingan Abbot.

Beliau telah merakamkan proses membuka komponen-komponen kereta kebal tersebut untuk memberi bukti kepada pihak berkuasa jika terdapat peluru-peluru hidup di dalam kenderaan tersebut.

Sebaik berjaya membuka tangki disel kereta kebal tersebut, mereka mendapati yang ia bukan hanya membuka sisa-sisa disel tetapi beberapa ketul jongkong emas yang setiap satu mempunyai berat sekitar 5.5 kilogram. Harga kesemua jongkong emas tersebut dianggarkan melebihi RM11 juta.

Terkejut dengan penemuan itu, mereka lantas menghubungi pihak polis. Anda rasa ini satu tindakan bodoh? Jawapannya ialah ya dan tidak. Ya kerana anda kelihatan seperti menolak rezeki. Tidak kerana logiknya menurut Nick, mana boleh membawa 5 jongkong emas untuk dijual dengan begitu sahaja tanpa menjawab soalan tentang dari mana asal usul emas tersebut.

Jangan ingat dengan mudah sahaja anda boleh menjual jongkong emas tanpa sebarang penjelasan yang munasabah. Anda mungkin berjaya menjualnya tetapi proses soal jawab memang cukup panjang. Silap-silap pihak polis mungkin akan dipanggil untuk mengesahkan cerita anda.

Emas tersebut dipercayai telah dicuri oleh tentera-tentera Iraq sewaktu pencerobohan di Kuwait sekitar tahun 1990 dahulu yang telah mencetuskan Perang Teluk. Mereka tentunya telah menebuk lubang pada bahagian tangki disel sebelum menyumbatnya dengan jongkong-jongkong emas untuk dibawa pulang ke Iraq.

Jongkong-jongkong emas itu kemudiannya dibawa pulang oleh pihak polis untuk dianalisa. Nick telah diberikan sekeping resit penyerahan emas tersebut yang kemudiannya disimpan beliau di dalam peti simpanan keselamatan.

Jika beliau tidak dapat memiliki emas tersebut pun, Nick mengatakan yang beliau sudah cukup berpuas hati kerana berjaya memiliki sebuah kereta kebal yang cukup cantik dan bernilai.

Pihak polis Northamptonshire pula tidak dapat memberikan sebarang komen mengenai emas tersebut dengan alasan ia masih lagi di dalam proses sisasatan.

Senang-senang je lelaki ni serahkan emas tersebut kepada pihak polis, kalau ada kat tangan kita rasanya paling tidak pun Nissan GT-R dan Lamborghini Huracan dah tentu tersergam depan rumah. Silap-silap pergi beli sayur di pasar pun pakai LaFerrari.

SUMBER POPULARMECHANIC

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button