PETANI UKRAINE REMBAT KERETA KEBAL RUSIA GUNA TRAKTOR. NAK JUAL BESI BURUK KE?
Seorang petani warga Ukraine menjadi tular di media sosial selepas dilihat mencuri sebuah kereta kebal Rusia menggunakan traktor.
Tindakan tersebut meraih warga alam maya apatah lagi ketika pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Menerusi satu perkongsian, ia turut diulang kicau oleh Ahli Parlimen Ukraine, Lesia Vasylenko di laman Twitter.
“Sedikit jenaka sebelum rundingan paling sukar: petani mencuri kereta kebal.
“Besi buruk amat bernilai di Ukraine, jadi orang ramai sangat teruja dengan semua wang yang mereka boleh dapat dengan mendapatkan senjata musuh #LoveUkraine,” tulis Vasylenko.
Kereta kebal tersebut dianggap sebagai MT-LB Rusia, merupakan kenderaan berperisai tambahan amfibia serba guna era Soviet, yang diperkenalkan pada 1950-an. – DailyStar/mStar