
LELAKI MAUT DIGILIS TRELER – PEMANDU TRELER TAK SEDAR BERLAKU PERLANGGARAN
Seorang lelaki meninggal dunia akibat digilis treler di Jalan BRP 1/10a berhadapan sebuah sekolah menengah di Bandar Baru Sungai Buloh, baru-baru ini.
Mangsa yang berusia 23 tahun, hancur di bahagian kepala dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan darah serta serpihan otak di tayar belakang kanan treler.
Pemandu treler tersebut hanya mengetahui kejadian itu setelah dimaklumkan oleh seorang penunggang motosikal bahawa treler terbabit melanggar seorang lelaki yang berada dalam keadaan terbaring di tayar kanan belakang.

“Siasatan awal mendapati treler itu diletakkan di hadapan sekolah menengah jam 10.30 malam tadi oleh seorang pemandu berusia 38 tahun untuk singgah ke rumah,” kata Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar.
“Pemandu itu kemudian menghidupkan enjin treler untuk bergerak semula bagi mengambil muatan di Klang jam 12.29 tengah malam tadi. Mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh bagi proses bedah siasat.
Pihak polis sudah mengambil keterangan pemandu treler terbabit dan memaklumkan sesiapa yang melihat situasi kejadian untuk tampil sebagai saksi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Inspektor Hasanal Hasif Johari di talian 019-2264650 bagi membantu siasatan. – Harian Metro
- BACA: JURURAWAT ULANG-ALIK NAIK MOTOSIKAL 100KM SETIAP HARI MAUT KEMALANGAN
- BACA: PASANGAN GURU MAUT TERCAMPAK DARI TOYOTA ESTIMA DALAM KEMALANGAN DI LPT 2
- BACA: TERKENA RENJATAN ELEKTRIK KETIKA BANTU ANAK TERLIBAT KEMALANGAN MAUT
- BACA: KEMALANGAN LIMA ‘SUPERBIKE’ DI LEBUH RAYA KARAK – LIMA CEDERA, SEORANG MELECUR









