Buletin

KEMALANGAN LIMA ‘SUPERBIKE’ DI LEBUH RAYA KARAK – LIMA CEDERA, SEORANG MELECUR

Sekurang-kurangnya lima cedera dan seorang mengalami lecur dalam kemalangan melibatkan lima motosikal berkuasa tinggi di kilometer 26.4, Lebuh Raya Karak – kampung Sungai Chin Chin pada tengah hari tadi.

Menurut Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis, sebuah motosikal jenis Honda telah terbakar akibat dari kemalangan sebelum turut melibatkan lima buah lagi motosikal yang lain.

Kemalangan tersebut berlaku kira-kira sekitar 12 tengah hari hingga menyebabkan lorong laju di lebuh raya terhalang.

Katanya dalam kenyataan, lima orang mangsa mengalami kecederaan manakala seorang lagi mangsa kelecuran akibat dari kebakaran tersebut.

Sebanyak enam anggota berserta sebuah jentera telah dikejarkan ke lokasi kebakaran dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang bagi melakukan kerja-kerja pemadaman.

Jelas Norazam, kesemua mangsa telah dibawa ke hospital oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum pihak bomba tiba di lokasi. –KOSMO! ONLINE.

Google ads
Back to top button