Buletin

LELAKI SOLAT TENGAH JALAN DI JAKARTA AKIBATKAN KESESAKAN TERUK

Aksi lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental itu dirakam oleh pengguna  jalan raya dan tular di media sosial.

Menerusi paparan video berdurasi 25 saat itu, lelaki itu dilihat melakukan gerakan solat seperti rukuk, takbiratul ihram dan sujud.

“Dia mungkin alami masalah mental tetapi gerakan solatnya tepat malah, dia menghadap kiblat yang betul.

“Lelaki itu berdiri di tengah jalan raya selama setengah jam sebelum ditenangkan oleh Jabatan Masyarakat Kota Sukabumi yang menariknya ke tepi,” kata perakam video, Wahyudin. – Agensi

Google ads
Back to top button