Motosikal

SYM HUSKY 300 DINAIK TARAF DI CHINA – KINI DENGAN CORNERING ABS, DASHCAM

SYM telah menaik taraf Husky 300 bagi tahun 2026 yang menyaksikan skuter maxi 300cc itu menerima beberapa kelengkapan baharu. 

Bagi tahun 2026, Husky 300 kini dilengkapi dengan Bosch IMU sekaligus menyaksikan skuter itu menawarkan ciri Cornering ABS dan Cornering Traction Control secara standard. 

Tidak cukup dengan itu, SYM turut menaik taraf panel meter TFT 7-inci yang baharu dan kini boleh dipadankan bersama telefon pintar menerusi fungsi ‘screen mirroring’ bagi memudahkan akses kepada aplikasi navigasi. 

Menariknya, Husky 300 baharu itu turut dilengkapi dengan dascham  hadapan secara standard. 

Dalam pada itu, ciri lain yang ditawarkan pada model sebelumnya masih lagi dikekalkan antaraya sistem keyless, ESS (emergency stop signal), USB Type-C dan ruang letak barang yang boleh memuatkan helmet bersaiz penuh. 

Sementara itu, Husky 300 baharu ini masih lagi dikuasakan enjin satu sulinder 278.3cc SOHC yang berupaya menghasilkan 25.5hp pada 8,000rpm dan 26Nm pada 6,000rpm. Kuasa disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi automatik CVT.

Husky 300 ini turut dilengkapi dengan tangki bahan api berkapasiti 16L yang menawarkan jarak gerak sejauh 450km dengan setiap isian penuh. 

Google ads
Back to top button