Buletin

RUMAH MUSNAH DIREMPUH LORI 38 TAN. NENEK BERUSIA 93 TAHUN SELAMAT

Seorang wanita berusia 93 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan selepas rumahnya dirempuh sebuah lori kenderaan barangan berat (HGV) di  Lunéville, Perancis.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi itu, sebahagian bumbung rumah berkenaan runtuh selepas dirempuh lori 38 tan itu.

Pemandu lori terperangkap di bawah timbunan runtuhan berjaya diselamatkan pasukan penyelamat yang bergegas ke tempat kejadian.

Mangsa mengalami kecederan serius dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, pemilik rumah tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pasukan bomba tempatan telah berkongsi gambar lokasi kejadian di Twitter. Melalui rakaman gambar, bahagian hadapan lori berkenaan tertimbus di bawah timbunan runtuhan.

Anggota bomba boleh dilihat sedang menggali serpihan timbunan runtuhan mencari pemandu lori yang tertimbus.

Mereka mengambil masa selama dua jam mengeluarkan mangsa.

Menurut laporan akhbar Perancis, Actu, pemandu lori itu yang menghubungi pihak berkuasa berhubung kemalangan tersebut.

Dalam pada itu, pihak polis Lunéville masih menjalankan siasatan berhubung punca kemalangan. –daily star.

Google ads
Back to top button