
LLM JANGKA PENINGKATAN KENDERAAN 2.3 JUTA SEHARI, MELIBATKAN TIGA LEBUH RAYA UTAMA
Bersempena perayaan Aidilfitri, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan jumlah peningkatan trafik hingga 2.3 juta, melibatkan tiga lebuh raya utama iaitu Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1.
“Bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan mengurangkan kesesakan di lebuh raya, LLM mengarahkan syarikat konsesi lebuh raya mengambil beberapa langkah bagi meminimumkan kesan peningkatan trafik tersebut.
“Antaranya, mengarahkan semua syarikat konsesi lebuh raya untuk menghentikan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan yang melibatkan penutupan lorong lebuh raya bermula semalam hingga 7 Mei ini,” katanya.

Selain itu, Syarikat Konsesi juga diminta untuk mengeluarkan cadangan waktu perjalanan (TTA) bagi pengguna lebuh raya utama berkenaan serta memaparkan maklumat trafik dan peringatan menambah nilai Touch n’ Go atau e-Wallet sebelum memulakan perjalanan.
“Bagi mengoptimumkan inisiatif tol percuma bermula hari ini hingga 21 April serta 24 April, kad Touch n’ Go atau SmartTAG perlu disentuh di plaza tol manakala pengguna Radio Frequency Identification (RFID) perlu masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan lorong RFID,”
Jelasnya lagi, Pusat Pengurusan Trafik LLM akan beroperasi 24 jam bermula 19 hingga 26 April bagi menyalurkan maklumat terkini kepada pengguna lebuh raya selain menempatkan petugas di plaza tol bagi membantu pengguna.
“Penggunaan bahu jalan sebagai lorong tambahan telah dikenalpasti oleh PLUS supaya aliran trafik lebih lancar dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM),” Tambahnya. – KOSMO! ONLINE
- BACA: BERTUMBUK SEBAB JALAN SESAK DI SRI GOMBAK
- BACA: JALAN ALTERNATIF BANYAK SIMPANG UNDANG KESESAKAN, PENDUDUK GUA MUSANG STRES
- BACA: JALAN GUA MUSANG AKAN LEBIH SESAK KALAU TIDAK DITUTUP – PENGARAH JKR KELANTAN
- BACA: SENGAJA PARKIR DI TENGAH JALAN DI KLIA, PEMANDU TENANG HISAP ROKOK SAMBIL MEMERHATI KESESAKAN




