
AUTO SHANGHAI 2023: TANK 500 TAMPIL SISTEM Hi4T 4WD GWM – BAKAL TIBA DI MALAYSIA BERSAMA TANK 300
Selepas dilancarkan sekitar awal tahun lalu, GWM Tank 500 dilapor bakal memasuki pasaran Malaysia bersama sebuah lagi model, Tank 300.
Dipamerkan di Auto Shanghai 2023, Tank 500 ditawarkan dalam enam varian dengan harga bermula RMB360,000 (lebih kurang RM232,221).
Tank 500 dibina berdasarkan platform ladder-on-frame dan mempunyai dimensi 5,070mm atau 4,878mm panjang (bergantung kepada varian), 1,934mm lebar dan 1,905mm tinggi. Sebagai perbandingan, ia hampir sama dengan Toyota Land Cruiser.

Dari penampilan luar, Tank 500 dipadankan kemasan krom selain mendapat ciri luaran standard seperti lampu depan LED automatik dengan follow-me-home, lampu siang LED, lampu kabus LED hadapan dan lampu plat ambang pintu.
Di dalam kabin pula, ia disertakan bersama ciri standard yang terdiri daripada stereng kulit dipanaskan, sistem bunyi 12 pembesar suara dan pengecas telefon bimbit tanpa wayar hadapan.
Manakala varian tertinggi pula mendapat pengecas tanpa wayar di bahagian penumpang, pelarasan stereng elektrik serta pelindung matahari.

Sementara itu, ciri-ciri seperti cermin pandang belakang digital, pelapik bumbung kulit, fungsi parkir automatik, fungsi tempat letak kereta jauh dan penjejakan lorong berundur tersedia sebagai pilihan.
Dari segi keselamatan, Tank 500 didatangkan dengan ciri standard antaranya Brake Assist (BA), Traction control (TC), Roll movement intervention (RMI), Hill-start assist control (HAC), Hill descent control (HDC), Auto hold, dan Secondary collision mitigation (SCM) system.
Selain itu, ia turut dilengkapi kamera 360°, Perakam pemanduan dalaman, Sistem pemantauan pemandu, Front collision warning (FCW), Rear collision warning (RCW), Automatic emergency braking (AEB), Blind-spot monitoring (BSM), Lane change assist (LCA), Junction assist (JA), Intelligent cruise assist (ICA), Traffic jam assistant (TJA), Lane departure warning (LDW), Lane keep assist (LKA), Lane centering keeping (LCK), Traffic sign recognition (TSR), Cross-traffic alert (CTA) dan Tire pressure monitoring.

Secara mekanikal, Tank 500 dikuasakan oleh enjin turbo V6 bersesaran 3.0 liter bersama sistem mild-hybrid 48 volt. Enjin tersebut menghamburkan kuasa 353hp, tork 500Nm dan digandingkan dengan transmisi automatik 9-kelajuan. Menariknya, ia juga menampilkan sistem Hi4T 4WD GWM.
Untuk pasaran China, Tank 500 boleh didapati enam pilihan warna luaran serta lima warna dalaman selain pilihan dua tona. – Autobuzz
GALERI:






















