Buletin

“LORENZO PATUT DIKENAKAN PENALTI!” – VINALES

Marverick Vinales menggesa FIM mengenakan hukuman penalti kepada Jorge Lorenzo atas insiden yang berlaku pada perlumbaan MotoGP Catalunya Ahad lepas. Insiden pelanggaran yang membabitkan kelompok hadapan itu menyebabkan Vinales, Dovizioso dan Rossi terkeluar terus dari saingan perlumbaan.

Beliau menyifatkan kesilapan yang dilakukan oleh Lorenzo adalah kesalahan rookie, yang tak sepatutnya berlaku pada seorang yang bergelar juara dunia lima kali itu.

Beliau juga berkata Lorenzo bukan sahaja merosakkan perlumbaan dan rakan sepasukannya Valentino Rossi, malah turut menyebabkan Dovizioso ketinggalan 25 mata.

“Anda boleh memintas kami bila kami perlahan. Anda cuma perlu tunggu empat selekoh lagi”

“Beliau ‘menumbangkan’ empat pelumba. Jika saya dan Rossi sahaja masih tak mengapa, tapi Dovizioso berada dalam posisi penting untuk merapatkan jurang mata dengan Marquez.

“Saya berharap pengarah perlumbaan mengambil tindakan sepatutnya sedangkan saya dikenakan penalti grid semalam.

“Sebenarnya, saya nampak beliau datang dari belakang. Saya cuba elakkan pelanggaran. Tapi motosikal beliau merempuh bahagian roda belakang saya. Mustahil untuk mengelak.

Lorenzo kemudiannya mendakwa beliau ke paddock Yamaha untuk meminta maaf namun tidak melihat Vinales dan Rossi di situ.

“Beliau tidak datang kepada kami untuk meminta maaf,” Ujar Vinales. “Jujurnya, selekoh (turn 10) adalah selekoh yang sukar. Anda berada di tempat ke empat, tapi kita masih di pusingan pertama. Anda boleh pintas kami bila tiba masanya, hanya perlu tunggu empat selekoh lagi.

“Dan dia juga memotong saya ketika pusingan ‘warm-up’ tanpa sebab. Saya tak faham kenapa dia buat begitu. Di Mugello juga sama, dia memintas Miller dalam ‘warm-up lap’. Jika anda tanya saya, ia adalah kesilapan rookie dan beliau ialah juara dunia lima kali.

“Anda perlu berfikir ketika menunggang, meskipun adan seorang juara dunia. Anda tak boleh menang dengan hanya dua lap. Dengan kuasa jenteranya dia tahu dia boleh pintas saya pada laluan lurus, bukan ketika membrek. Saya benar-benar bengang..

“Saya tak faham. Saya hanya buat begini ketika perlumbaan Moto2 dulu. Saya tak pernah buat benda begini walaupun ketika terdesak. Dia boleh iku membrek dan terus dilaluan lurus. Dia ada ruang untuk pergi lurus.

“Pada saya, ia bukan satu alasan. Dia berada di kedudukan yang baik, di tempat keempat. Sudah pasti, dia merosakkan keseluruhan perlumbaan. Tapi lebih penting, nasib baik saya tidak cedera.

Dalam situasi lain, saya agak gembira kerana kami memperbaiki prestasi pada minggu ini. Saya berjaya berada di kelompok awal ketika grid dilepaskan.

“Kami dapat momentum dan kami adalah pasukan Yamaha yang berada di hadapan. Dalam pusingan pertama, saya fikir, saya dapat memintas Dovi. Ia sesuatu yang positif.

Tags
Google ads
Back to top button