Buletin

SELEPAS 50 TAHUN, VOLKSWAGEN TYPE 2 WOODSTOCK MUNCUL KEMBALI

Selepas lebih 50 tahun, van ikonik Volkswagen Type 2 yang terkenal kerana tampil pada acara Festival Seni dan Muzik Woodstock 1969 kembali hidup, terima kasih kepada Volkswagen of America dan komuniti Volkswagen. 

Dikenali sebagai bas ‘Lampu’, replika akan dipertontonkan kepada umum buat pertama kalinya dalam satu perjumpaan di Long Beach, California. 

Perjumpaan yang mengumpulkan peminat automotif dan seni itu membolehkan mereka melihat secara dekat van yang telah dihias oleh artis Dr. Bob Hieronimus.

Harus tahu bahawa Hieronimus merupakan individu yang bertanggungjawab mengecat van lampu asal. 

Ikon Woodstock itu juga dijadual mengadakan siri jelajah ke seluruh AS sempena ulang tahun festival tersebut yang ke-50.

Hasil kerja yang mengagumkan itu mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan oleh Hieronimus dan ahli dokumentari Kanada, John Wesley Chisholm. 

“Van ini seperti sebuah mesin masa yang membawa manusia ke masa silam, hari ini dan masa depan,” kata Chisholm.

Pada tahun 1968, Hieronimus telah mengecat sebuah Volkswagen Minibus selepas diminta oleh pemiliknya yang mahu membawa kumpulan muziknya ke festival Woodstock. 

Van itu kemudian menjadi simbol festival berkenaan yang terkenal dengan mesej keamanan, kasih sayang dan kesatuan selepas fotonya dirakam oleh Associated Press (AP) dan digunakan oleh akhbar serta majalah di seluruh dunia. Malah, ia turut digunakan sebagai ayat pengenalan dalam album rasmi Woodstock. 

Pada awalnya, Hieronimus dan Chisholm mahu mencari kemudian merestorasi model original.

Tetapi selepas enam bulan, mereka gagal mendapatkannya dan mengambil keputusan untuk membina sebuah replika.

Terima kasih kepada usaha Kickstarter yang berjaya, pasangan itu dapat menemui sebuah Volkswagen Type 2 dan memulakan proses restorasi. 

Selepas mengetahui tentang projek itu, Volkswagen of America memberi sokongan dari segi pencarian dan restorasi. Sekumpulan peminat VOlkswagen juga datang membantu dan inilah hasil akhirnya. Memang cool… 

GALERI

Google ads
Back to top button