Artikel PilihanBuletin

LOTUS TAK BERMINAT HASILKAN SUV-MODEL KONSEP APX BAKAL DIGUNAKAN PROTON?

Tak dapat dinafikan SUV adalah pasaran yang sedang meningkat naik dewasa ini. Dari pengeluar mainstream kepada pembuat jenama mewah, masing-masing akur dengan kehendak pasaran dan SUV antara contohnya, syarikat Porsche yang bergelut dengan krisis jualan sebelum Cayenne menyelamatkan syarikat tersebut.

Dalam satu temubual dengan laman web autoblog, CEO Lotus Jean-Marc Gales memberitahu bahawa mereka tidak merancang untuk mengeluarkan SUV sebagai produksi. Ia dikatakan bertentangan dengan falsafah syarikat yang diasaskan oleh Colin Chapman – kereta sports yang ringan dan ringkas pengendaliannya.

Lotus APX konsep (5)

Itu menjadikan kereta konsep Lotus APX yang pernah dihasikan beberapa tahun sebagai tandatanya. Gales dikatakan sukar membuat kata putus mengenai produk masa depan yang mana beliau memberitahu, hanya Elise yang bakal diperbaharui sepenuhnya menjelang tahun 2020 dan pasaran Amerika adalah fokus mereka.

Lotus adalah syarikat yang mempunyai falsafah automotif yang sangat mendalam. Malah sehingga ke hari ini, mereka tidak memasang teknologi stereng berkuasa elektrik. Menurut Lotus, itu akan menghilangkan perasaan memandu-sentuhan pegangan stereng dan pemandu kepada jalanraya. Mereka masih dan akan mengekalkan stereng berkuasa hidraulik untuk produk-produk akan datang.

Lotus APX konsep (1)

Bercakap mengenai hibrid – Lotus juga bakal menentang polisi pembinaan kereta yang ringan. Hybrid menghasilkan penjimatan bahanapi dan kebaikan alam sekitar tetapi menambah komponen serta berat kenderaan lantas menghabiskan ruang yang ada. Sudah tentu bukan itu yang diharapkan pada kereta-kereta sports kompak mereka.

Jadi apa akan jadi pada model konsep APX mereka? Apa yang akan berlaku pada kerjasama bersama Goldstar Heavy Industrial yang ditandatangani tahun lepas?. Persetujuan projek bernilai USD1.5 billion dengan kongolomerat China itu bakal menyaksikan pembinaan kilang baru yang diwar-warkan sebagai SUV masa masa hadapan Lotus.

Lotus APX konsep (4)Syarikat induk-Proton mungkin menyimpan jawapannya. Ia mungkin menjadi titik awal kerjasama Proton- Goldstar Heavy Industrial untuk produk sekunder seperti SUV. Satu pasaran yang belum pernah diteroka Proton.

Namun membangunkan 100 peratus platform baru semata-mata untuk sebuah SUV tidak pernah dilakukan oleh pengeluar kereta penumpang massa kecuali Porsche, Range Rover, F-Pace dan beberapa pengeluar mewah. Menghasilkan SUV untuk pasaran yang kompetetif perlu bermula dengan perkongsian platform.

 

 

 

 

Lotus APX konsep (5)Lotus APX konsep (3)Lotus APX konsep (1)Lotus APX konsep (6)Lotus APX konsep (4)Lotus APX konsep (5)

 

 

Google ads
Back to top button