Artikel PilihanBuletin

NEED FOR SPEED – LAMBORGHINI VENENO UNTUK DIJUAL USD 5.5 JUTA

Anda pernah menonton filem Need For Speed? Tak pernah? OK. Baik jangan teruskan bacaan artikel ini kerana kami khuatir anda akan bagi komen “lebih baik beli rumah banglo dari beli kereta ni”. Tidak. Ini bukan benda lucu, sepanjang yang saya pernah jumpa, ini adalah Veneno ketiga yang pernah diiklankan untuk dijual.

Unit pertama datang dari iklan di Jerman yang dipetik media Jepun tahun lepas. Harganya memang sangat meninggal dunia. Ia diiklankan pada harga USD$11 juta atau RM44 juta. Tak pasti ia terjual atau tidak tetapi seminggu selepasnya, sebuah model lagi diiklankan untuk dijual pada harga USD$8 juta atau RM32 juta. Bagi kami, kedua-duanya sangat tidak masuk akal sebab ketika diperkenalkan, ia sudahpun jadi kereta termahal di dunia pada harga USD$4.5 juta dolar.

lamborghini veneno (16)

Ini ialah iklan terbaru yang muncul dalam laman web James Edition, kali ini di Amerika Syarikat. Harga jualannya USD$5.5 juta dolar atau kira -kira RM22 juta. Munasabah? Bagi kami, logiknya masih ada memandangkan ia tidak dinaikkan seperti esok hendak pergi percutian berbulan madu di planet Marikh.

Kenapa harganya mahal macam nak arwah?

Mudah, Lamborghini hanya membuat 3 unit hardtop pada 2013 dan 9 unit roadster pada 2014 sempena ulangtahun ke 50 syarikat tersebut. Walaupun “hanya” menggunakan platform Aventador, Vaneno (dan Centenario) mencipta rekod baru dalam industri supercar. Enjin V12 6.5 740HP-760HP tersebut bukanlah paling laju. Tapi kereta ni memang paling mahal.

lamborghini veneno (12)

Kini banyak pengeluar menukar srategi perniagaan untuk model-model edisi terhad mereka. Bagi mengelakkan pembeli menjual semula sebaik sahaja kereta dibeli, mereka melakukan temuramah dan memilih pembeli yang benar-benar layak sahaja.

Anda perlu memohon untuk membeli Ford model GT begitu juga dengan model LaFerrari Aperta. Maksudnya, ada duit bukan semestinya boleh beli. Tapi kalau kaya raya, boleh saja bida harga yang diimpikan pengeluar. Seperti Putera Saud yang membeli Chiron tak lama dahulu.

 

 

lamborghini veneno (11)lamborghini veneno (15)lamborghini veneno (17)

Tags
Google ads
Back to top button