Buletin

RENAULT KOLEOS DIBUKA UNTUK TEMPAHAN – RM172,000!

TC Euro Cars (TCEC) telah membuka tempahan untuk SUV Renault Koleos serba baharu.

Print

Dijangka dilancarkan pada September, harga pengenalan Renault Koleos ialah RM172,800 di Semenanjung Malaysia dan RM116,800 di Langkawi (di atas jalan dan GST, tidak termasuk insurans dan untuk pendaftaran peribadi sahaja).

Ciri utama bahagian luaran dan dalaman Renault Koleos termasuklah:

  • Garis luaran yang berkuasa dan maskular
  • Lampu utama Pure Vision LED sepenuhnya dengan lampu nyalaan siang berbentuk C
  • Rim aloi premium bersaiz 18 inci
  • Ruang kabin yang halus buatannya dan selesa. Rekaan, tempat duduk dan dimensi antara yang terbaik dalam segmennya
  • Ruang dalaman yang luas untuk keselesaan maksimum
  • Komponen yang dikongsi dengan model-model mewah Renault seperti sistem infotainmen R-LINK 2
  • Instrumen paparan menerusi skrin warna TFT bersaiz 7 inci dan lampu ambien.
  • Amaran titik buta
  • Enam beg udara

Print

Koleos dijana oleh enjin petrol 2.5 liter dan dipadankan dengan transmisi automatik X-Tronic. Ia mampu menghasilkan kuasa maksimum 171 PS dan tork 226Nm. I

Renault Koleos juga hadir bersama jaminan pengeluar selama lima tahun dan perbatuan tanpa had. Jaminan ini disokong sepenuhnya oleh Renault dan tidak dikendalikan oleh mana-mana syarikat insurans. Maka terma dan syarat serta alat ganti yang dilindungi adalah konsisten dari tahun pertama pemilikan sehinggalah tempoh jaminan tamat.

Print

Orang ramai yang ingin mengetahui mengenai Koleos dengan lebih lanjut digalakkan supaya mendaftar di laman web: www.renault.com.my.

Google ads
Back to top button