Motosikal

VERSI NAKED CBR1000RR FIREBLADE, HONDA CB1000R+ DILANCARKAN DI INDIA – RM85.9K

Honda Two-wheelers India baru-baru ini melancarkan model CB1000R+ ke pasaran India secara senyap-senyap.

Ditawarkan pada harga Rs 14.46 lakh (RM85,900) seunit, model CBU itu menggantikan CB1000R sedia ada. Ia merupakan versi naked Honda CBR1000RR Fireblade.

Jentera tersebut didatangkan sebagai model serba baharu memandangkan ia telah menerima banyak pembahaharuan dari segi reka bentuk dan instrumentasi.

Harus tahu juga bahawa motosikal itu lebih ringan dan berkuasa berbanding model terdahulu.

Sebagaimana yang boleh dilihat, Honda meneruskan tema rekaan ‘Neo Sports Café’. Sebab itulah ia nampak moden dan retro, terutama pada rekaan lampu utama berbentuk bulat serta konsol instrumen digital baharu, malangnya bukan jenis TFT.

CB1000R+ menggunakan enjin empat selinder bersesaran 998cc dengan sistem penyejukan cecair yang turut digunakan pada model Fireblade. Dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan, ia mampu menjana 16 peratus lebih kuasa iaitu 143hp dan tork 104Nm.

Sebagai sebuah jentera moden, ia dilengkapi pelbagai ciri seperti sistem brek ABS, ride-by-wire, slipper clutch, mode tunggangan (Standard, Sport, Rain dan User, talaan kuasa, kawalan cengkaman serta pemetaan brek enjin.

Kerangka yang telah disemak semua membolehkan beratnya dikurangkan sebanyak 1, menjadikannya hanya 212kg. Tunggangan mantap turut disumbangkan oleh fork Showa 43mm di hadapan dan suspensi monoshock boleh laras sepenuhnya untuk roda belakang.

Jentera itu bersaing secara langsung dengan motosikal seperti Kawasaki Z1000, Suzuki GSX-S1000 dan BMW S 1000 R.

Google ads
Back to top button