Buletin
MACA S11 CARCOPTER BOLEH ‘LARI’ CECAH 249 KM/J. HARGA RM3.78 JUTA
Syarikat Perancis, Maca mempertontonkan jentera dijana kuasa hidrogen S11 Carcopter bernilai £665,000 (RM3.78 juta) pada CES 2022 di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS).
Jentera itu yang seakan-akan kenderaan terbang dalam permainan PlayStation, Wipeout memiliki kelajuan maksimum mencecah 249 km/j.
Bahkan, firma yang membangunkan carcopter itu berharap ia dapat menggantikan jentera F1 pada suatu hari nanti.
Maca S11 Carcopter didatangkan tiga kipas yang mengeluarkan bunyi kurang bising, casis logam dan rangka diperbuat daripada karbon, linen serta kayu.
Maca bekerjasama bersama Airbus dalam pembikinan jentera berkenaan memaklumkan carcopter itu akan berada di pasaran menjelang Jun tahun hadapan. – dailymail