
MAEVING RM1, MOTOSIKAL ELEKTRIK BUATAN BRITAIN GAYA RETRO!
Industri kenderaan elektrik (EV) membuka peluang kepada syarikat baharu muncul dan bukan sahaja terhad kepada kereta penumpang malah merangkumi motosikal.
Sebagai contoh Maeving dari United Kingdom (UK) mengeluarkan motosikal elektrik RM1 dan ditawarkan pada harga 5,995.00 Pound Sterling (RM31,314.54) untuk varian bateri tunggal.
Harga itu tinggi pada nilai tukaran tempatan namun munasabah untuk pengguna di UK malah boleh dimiliki oleh pemegang lesen Latihan Asas Wajib (CBT) yang sah selama dua tahun.

Dari segi spesifikasi, RM1 mempunyai pilihan bateri jenis tunggal atau dua bateri dan masing-masing boleh dipandu sehingga 64 kilometer (km) dan 128.7 km.
Menariknya bateri itu boleh ditanggalkan untuk dicas menggunakan sebarang jenis soket plug.
Bateri Maeving juga boleh dibeli secara berasingan untuk dijadikan sebagai ganti dan dijual pada harga 995 Pound Sterling (RM5,192.06) dan diberi waranti selama tiga tahun.

Bateri itu menggunakan sel dari LG dengan keupayaan 50.4V dan seberat 12 kilogram (kg). Tempoh pengecasan penuh memakan masa sekitar empat jam.
Selain harga motosikal yang dinyatakan di atas, sebuah lagi varian RM1 dengan dua bateri berharga 6,990.00 Pound Sterling (RM36,496.38).
Akhir sekali, berapa kelajuan maksimum RM1? 72 kilometer sejam (km/j) sahaja. Jarak pandu pendek dan tidak laju? Tiada masalah, RM1 boleh digunakan untuk ke warung kopi, kedai runcit atau masjid!

BACA: VOLKSWAGEN ID.7 – AHLI BAHARU KELUARGA EV VW, JARAK TEMPUH 700 KM
BACA: HYUNDAI KONA 2023 TAMPIL GAYA FUTURISTIK. PILIHAN TRENKUASA EV, ICE DAN HEV
BACA: TOYOTA PERKENAL HILUX REVO BEV CONCEPT DI THAILAND. SPESIFIKASI TEKNIKAL BELUM ADA

