
TOYOTA PERKENAL HILUX REVO BEV CONCEPT DI THAILAND. SPESIFIKASI TEKNIKAL BELUM ADA
Toyota telah memperkenalkan trak pikap elektrik sepenuhnya pada acara meraikan ulang tahun ke-60 tahun Toyota di Thailand.
Kenderaan itu digelar sebagai Hilux Revo BEV Concept tetapi malangnya, spesifikasi teknikal masih belum didedahkan. Namun apa yang pasti ialah ia berasaskan Hilux dengan beberapa gayaan berbeza.
Perubahan paling ketara adalah pada bahagian hadapan yang hadir dengan gril tertutup, selain port pengecasan pada fender sebelah penumpang hadapan.

Walau bagaimanapun, Ketua eksekutif Toyota, Akio Toyoda tidak menyatakan bilakah kenderaan tersebut akan dikeluarkan. Tetapi dia yakin Toyota boleh mencapai neutraliti karbon melalui kenderaan hibrid, plug-in hybrid, bateri-elektrik dan sel bahan api.
“Dalam mencapai neutraliti karbon, kita mesti ingat bahawa karbon adalah musuh sebenar, bukan powertrain tertentu. Terus terang, BEV bukanlah satu-satunya cara untuk mencapai matlamat neutraliti karbon.
“Jadi, kami mahu menawarkan pilihan bahan api hidrogen seperti kereta konsep berkuasa hidrogen GR-Yaris dan GR-Corolla.” kata Toyoda.
Toyoda menambah, sekurang-kurangnya beberapa pembangunan untuk Hilux elektrik bakal dilakukan di Thailand.
- BACA: TOYOTA TAWAR ‘KINTO UNLIMITED’ SERTA DISKAUN BAYARAN BULANAN 10% UNTUK PRIUS 2023
- BACA: TOYOTA GR COROLLA KINI DI THAILAND. 304HP, HARGA RM500K!
- BACA: PENGEDAR TOYOTA USA NAIKKAN HARGA GR COROLLA LEBIH 50 PERATUS, GILA UNTUNG KAW-KAW
- BACA: 10 FAKTA PANTAS BERKENAAN TOYOTA INNOVA ZENIX, PETROL & HYBRID.






