Buletin

VOLKSWAGEN ID.7 – AHLI BAHARU KELUARGA EV VW, JARAK TEMPUH 700 KM

Sebuah lagi model baharu bakal menyertai keluarga ID Volkswagen, dan kali ini ia merupakan sebuah sedan tiga kotak, Volkswagen ID.7.

Ia muncul secara rasmi di acara Consumer Electronics Show (CES) yang berlangsung di Las Vegas, baru-baru ini.

VW ID.7 merupakan versi produksi kepada model konsep VW ID.Aero yang diperlihatkan beberapa bulan yang lalu, di mana ia dibaluti dengan samaran kamuflaj digital untuk menyembunyikan butiran pada badan sedan ini.

Sedan ID.7 ini menggunakan platform modular MEB, namun dengan menjanjikan dimensi yang jauh lebih besar berbanding sedan Arteon yang wujud pada ketika ini.

Ini bermakna, ruang kabin juga jauh lebih luas dan lebih selesa.

Selain itu, ID.7 didatangkan dengan ciri seperti skrin sentuh bersaiz 15.0 inci, roda stereng dengan butang fungsi sensitif sentuhan, paparan head-up realiti terimbuh, sistem kawalan iklim automatik serta kawalan suara “Hello Volkswagen”.

Sebagai info, kamuflaj digital yang digunakan pada sedan ini sebenarnya merupakan cat sebenar yang terdiri daripada 40 lapisan, di mana 22 bahagian pada sedan ini dilengkapi dengan teknologi electroluminescence bagi mencipta paparan cahaya yang unik.

Buat masa ini, spesifikasi lanjut seperti pek bateri dan output kuasa motor elektrik masih belum diumumkan.

Namun menurut VW, ID.7 dikatakan mampu mencapai jarak gerak sehingga 700 km mengikut data WLTP.

Google ads
Back to top button