
MAHINDRA BE 6e – SUV COUPE ELEKTRIK DENGAN BOLEH PERGI LEBIH 500 KM!
Selain daripada Mahindra memperkenalkan model SUV Coupe EV Mahindra XEV 9e, pengeluar dari India ini juga turut memperkenalkan sebuah lagi model, Mahindra BE 6e. Pengenalan kedua model ini sebetulnya membolehkan Mahindra mentafsir semula untuk sebuah kenderaan elektrik untuk model flagship mereka.
Sama seperti Mahindra XEV 9e, model Mahindra BE 6e ini dibina dari asas dan tidak mengambil mana – mana model sedia ada untuk dijelmakan sebagai model EV. Rekaannya cukup merevolusikan tafsiran untuk sebuah SUV moden.

Tampil dengan rekaan yang agak ekstrem di bahagian hadapan, ianya kelihatan cukup moden dan bergaya dengan lampu LED DRL direka berbentuk C. Lampu utama diposisikan di bahagian tengah lingkaran DRL. Rekaan bampar dikontrakan dengan warna hitam berkilat bagi membezakan dengan warna SUV Coupe yang turut dibina berdasarkan kejuruteraan INGLO.
Rekaan bonet hadapan mungkin dianggap ekstrem dan radikal untul sebuah model produksi sebenar dengan terdapat lubang saluran udara untuk memberikan aerodinamik yang lebih baik untuk Mahindra BE 6e ini.

Bahagian belakang SUV Coupe ini juga menampilkan sesuatu yang moden dan berani dengan rekaan lampu utama LED juga berbentuk C dengan saiz yang besar dan nipis. Pada bumbung belakang telah dipasang spoiler berkembar untuk memberikan ciri aerodinamik yang diperlukan.
Bahagian kabin, Mahindra BE 6e ini menampilkan rekaan ala kokpit jentera lumba dengan terdapat jaluran lampu ambien mengelilingi pemandu. Terdapat dua paparan skrin, satu untuk kluster digital dan juga sistem infohiburan yang bersaiz 12.3 inci. Sistem ini disokong oleh Qualcomm Snapdragon 8295, yang terlaju untuk gred automotif serta 24G RAM dan 128G penyimpanan.

Walau pun mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding Mahindra XEV 9e, namun model BE 6e ini sebenarnya masih berupaya membawa tiga penumpang di belakang, cuma penumpang belakang harus bertolak ansur dengan sedikit ruang keselesaan disebabkan faktor garisan bumbung yang telah dipotong untuk menjadikannya sebuah Coupe.
Tapi paling penting ciri moden seperti ADAS Level 2 dan sistem bantuan parkir sendiri pastinya berguna untuk pemandu. Untuk menghiburkan penumpang, ianya dilengkapi dengan 16 pembesar suara Harman Kardon lengkap dengan Dolby Atmos.
Mahindra BE 6e ini mampu bergerak sehingga 682 km dengan pek bateri 79 kWh dengan Mahindra menawarkan jaminan seumur hidup untuk bateri. Fuh!
BACA : MAHINDRA E2O PLUS: KERETA ELEKTRIK KECIL YANG PRAKTIKAL
BACA : 25,000 UNIT MAHINDRA SCORPIO-N HABIS DIJUAL DALAM MASA KURANG SEMINIT. LAKU SUNGGUH