
MAHINDRA XEV 9e – SUV COUPE EV MADE IN INDIA
Agak lama kita tidak dengar perkhabaran dari pengeluar dari India, Mahindra ini. Akhirnya Mahinda telah menghasilkan sebuah SUV Coupe elektrik sepenuhnya dengan tampil rekaan yang cukup garang dan agresif dan kehadian Mahindra XEV 9e menandakan kemasukan Mahindra ke pasaran SUV elektrik dengan produk yang menjanjikan untuk mentakrifkan semula segmen tersebut.
Mahindra XEV 9e ini dibina di atas platform baharu INGLO. Sebagai sebuah model serba baharu, Mahinda XEV 9e ialah SUV elektrik ini telah direka dari mula hingga ke akhirnya dengan menawarkan prestasi yang mengagumkan, reka bentuk futuristik dan teknologi canggih.

Jelas sekali Mahindra XEV 9e ini merupakan ekspresi muktamad kecanggihan dan prestasi, menawarkan reka bentuk coupe SUV yang ramah yang menggabungkan kemewahan dengan keberanian dengan lancar.
Mempunyai perkadaran yang panjang memastikan ianya adalah sebuah SUV Coupe yang sempurna. Bahagian tepi menampilkan rekaan lampu DRL yang memanjang ke bawah untuk tampil sedikit dramatik serta lampu utama LED yang direka seperti permata diposisikan di bahagian bawah.

Sebagai sebuah EV, ruangan yang sepatutnya menempatkan gril telah ditutup sepenuhnya dengan terdapat sedikit ruangan kemasukan di bahagian bawah bampar.
Terdapat logo infiniti Mahindra yang baharu pada hadapan hujung bonet, khusus digunakan untuk kenderaan elektrik mereka. Di bawah ruangan bonet terdapat ruangan kecil dengan kapasiti 150 liter untuk memuatkan beg lembut di dalamnya.

Rekaan garis bumbung di belakang telah dipotong terus untuk menjadikannya sebuah Coupe dengan bahagian belakangnya sedikit meninggi. Terdapat rekaan lampu LED hujung ke hujung yang bersambung dengan lampu utama di belakang. Sebagai sebuah Coupe, mungkin ruangan but di belakang menjadi isu tetapi untuk model Mahindra XEV 9e ini ianya mempunyai kapasiti sehingga 663 liter.
Bahagian kabin menawarkan tiga skrin yang dari berbeza, untuk pemandu, bahagian tengah dan juga untuk penumpang di hadapan dengan setiap satunya berukuran 12.3 inci. Tempat duduk belakang juga cukup luas dan selesa dengan kapasiti tiga penumpang.

Terdapat kamera pada bahagian bumbung yang merupakan sebahagian daripada sistem DOMS (Driver and Occupant Monitoring System) yang berfungsi sebagai pemantauan amaran terhadap pemandu. Malah kamera tersebut juga boleh digunakan sebagai untuk membuat panggilan video.
Mahindra XEV 9e ini akan ditawarkan dua pilihan pek bateri, 79 kWh dan juga 59 kWh dengan jarak pemanduan diantara 656 km dan 542 km setiap satunya. Kedua pek bateri ini menggunakan motor gandar belakang dengan setiap satunya menghasilkan kuasa diantara 286 HP dan 231 HP dan tork keduanya adalah sama 380 Nm. Harga yang ditawarkan di India dijangka pada Rs 30 lakh (RM 156,060) untuk varian tertinggi.
BACA : KERETA KONSEP MAHINDRA VISION THAR.e
BACA : MAHINDRA LANCAR XUV700 GANTI XUV500. HARGA BERMULA RM68,000