Buletin

25,000 UNIT MAHINDRA SCORPIO-N HABIS DIJUAL DALAM MASA KURANG SEMINIT. LAKU SUNGGUH

Mahindra Scorpio-N terbukti cukup popular di India apabila 25,000 unit pertama habis dijual dalam masa kurang seminit.

Apabila sistem mula menerima tempahan pada 30 Julai, trafik sangat tinggi dan menyebabkan laman webnya crash. Orang ramai kemudian mengadu ke media sosial berkenaan laman web Mahindra tidak boleh diakses. Selain tidak membenarkan mereka menyelesaikan pesanan mereka dan gagal meletakkan deposit.

Namun, apa yang yang membuatkan Mahindra Scorpio-N jadi rebutan?

Model itu diumumkan pada 4 Mei lalu dan didatangkan bersama enjin petrol atau diesel dengan pilihan pacuan 4WD, selain penggayaan terkini dan teknologi moden. Mahindra memberitahu 25,000 unit terawal Scorpio-N berharga di antara ₹11.99 lakh (RM67,646) dan ₹19.49 lakh (RM109,965), bergantung kapada varian, tetapi harga akan naik untuk pesanan berikutnya.

Sebab itulah yang membuatkan bakal pembeli yang menonton kira detik di laman web rasmi itu tergesa-gesa untuk menempah slot paling awal.

Walaupun timbul masalah teknikal di laman web, syarikat itu tetap berjaya mengumpul lebih daripada 100,000 pesanan dalam masa 30 minit pertama dan setiap tempahan termasuk deposit Rs 18,000 (RM1,011) yang diterjemahkan kepada $22.7 juta (RM101 juta) dijana dalam masa hanya setengah jam!

Mahindra memberi jaminan bahawa sistem dalam talian telah mencatat n setem setiap pengguna yang menekan butang pembayaran. Jadi, adalah mudah untuk mengenal pasti 25,000 pelanggan pertama yang akan mendapat akses kepada harga promosi Scorpio-N.

Seperti yang dilaporkan oleh Autocar India, Mahindra akan menghubungi setiap pembeli untuk mengesahkan pesanan mereka. Pelanggan juga boleh menukar trim dan spesifikasi yang dipilih sehingga 15 Ogos, apabila pilihan telah dimuktamadkan, Mahindra akan memberikan mereka anggaran tarikh penghantaran.

Penghantaran Scoprio-N dijadual bermula pada 26 September dan Mahindra mensasarkan pengeluaran lebih 20,000 unit menjelang Disember depan.

Google ads
"
"
Back to top button