Artikel Pilihan

MAHINDRA SCORPIO GENERASI BAHARU

Mahindra Scorpio ini adalah lagenda. SUV dengan kapasiti tujuh tempat duduk ini adalah model global pertama yang turut dijual kepada dunia luar dan diterima dengan baik oleh pasaran melangkaui dari Timur Tengah hingga ke negara kita. Mahindra Scorpio yang kini telah memasuki generasi ketiga sudah boleh dibeli. Itu pun kalau hangpa tinggal di Mumbai sanalah kan.

BACA : MAHINDRA XUV AERO

BACA : MAHINDRA KUV 100

Scorpio ini asalnya telah direka secara dalaman oleh pihak Mahindra sendiri tanpa melibatkan idea luar semenjak tahun 2002 lagi. Dan tidak hairanlah seandainya reka bentuknya menampilkan sisi kekotak dan gagah. Barulah feeling Inspektor Shahab bila memandu kan. Dan untuk generasi terbaharu ini, rekaannya masih lagi tidak jauh beza. Perkasa dan maskulin. Barangkali itulah ungkapan yang tepat untuk menggambarkan pertama kali melihatkannya.

Bahagian muka hadapan Scorpio kini menampilkan rupa yang lebih agresif terutamanya bilah gril yang berkrom itu. Bonet yang berlubang nipis itu pula membuktikan bahawa ada sesuatu di bawah sana yang cukup berkuasa.

Penggunaan enjin 2.2 liter mHawk turbo-diesel sudah tentu lebih daripada memadai untuk menggerakkan Scorpio yang besar dan gagah ini. Manakala penggunaan rim bersaiz 17 bersama tayar yang tebal adalah merupakan ciri-ciri yang paling sesuai untuk menyerlahkan lagi imej Scorpio yang baharu ini. Sedap sikit kalau sesekali nak bawa masuk ke kebun ke sambil meredah anak sungai mahupun emak sungai.

Melangkah masuk ke ruangan kabin Scorpio ini, pilihan dwi warna biru dan kelabu memberikan sedikit perbezaan pada kebanyakkan kereta yang lebih gemar memilih tona warna hitam mahupun beige. Begitu juga dengan ruang papan pemuka dengan dwi warna kelabu dan juga hitam. Paling menarik, susunan ruang tempat duduknya ada sedikit berbeza berbanding Scorpio terdahulu. Barisan ketiganya telah diubah dengan tempat duduk berasingan secara mengadap. Jenuh juga untuk perjalanan jarak jauh. Boleh pening dibuatnya.

Menariknya lagi, Scorpio kini menampilkan teknologi Intelli-Hybrid, yang mana ianya berfungsi untuk mematikan penggunaan enjin sewaktu sedang berhenti mengadap kesesakan lalu lintas sekali gus membantu menjimatkan penggunaan bahan bakar. Sungguh pun demikian, sekali lagi ciri keselamatan asas hanya dibekalkan. Nak harapkan ABS ke, EBD ke, ETS ke jauh sekali.

Harganya pula sekitar Rp. 13,16303 lakh (RM 86,438.49). Nak tunggu masuk ke pasaran kita barangkali memang mustahil. Orang kita ni lain macam sikit beli kereta. Semuanya bimbang tentang alat ganti dan harga jualan semula nanti. Beli Myvi sahajalah nampak gayanya, iya tak?

GALERI :

Google ads
Back to top button