KERETA KONSEP MAHINDRA VISION THAR.e
Mahindra melalui anak syarikatnya, Mahindra Electric Automobiles Limited (MEAL), telah memperkenalkan model konsep baharu yang diberi nama, Mahindra Vision Thar.e . Sebagai sebuah pengeluar SUV yang terhandal di India, sudah tentu penghasilan kereta konsep sebegini cukup kena dengan aspirasi Mahindra.
Kereta konsep Mahindra Vision Thar.e itu telah diperkenalkan di Cape Town, Afrika Selatan dengan menampilkan sebuah model konsep bercirikan sebuah model SUV yang rugged dan lasak, tetapi hadir dengan evolusi sebuah kenderaan elektrik.
Rupa luaran Mahindra Vision Thar.e ini jelas kelihatan cukup berketak dan bersegi menjadikannya lebih berpenampilan. Ketinggian yang ada padanya membuatkan Mahindra Vision Thar.e ini mampu mengharungi apa juga bentuk muka bumi yang mendatang.
Paling penting, walau pun ianya adalah sebuah SUV elektrik, namun Mahinda masih mahu mengekalkan rupa estetik sebuah SUV lasak yang rugged apabila menyangkutkan tayar simpanan di bahagian belakang berbanding SUV moden yang menyorok di bahagian bampar bawah belakang.
Menurut Veejay Nakra, Presiden – Sektor Automotif, Mahindra & Mahindra Ltd. berkata, “Vision Thar.e adalah bukti inovasi dan falsafah reka bentuk perintis yang unik Mahindra dan global yang tersendiri. Thar.e memenuhi keperluan pengembara dalam diri kita semua, mendambakan penerokaan tanpa kompromi. Sejajar dengan pergerakan global ke arah penggunaan yang bertanggungjawab, tumpuan kami pada bahan mampan bergema dengan peralihan yang lebih luas ke arah planet yang lebih positif, memastikan Thar.e kekal abadi dan tepat pada masanya.”
Menurut Pratap Bose, Ketua Pegawai Reka Bentuk, Mahindra & Mahindra Ltd. pula berkata, “Mewujudkan Vision Thar.e adalah tentang menerima masa depan yang berani dan inovatif. Reka bentuk kami menempa laluan baharu, berdiri sebagai bukti komitmen Mahindra terhadap kreativiti dan Pemikiran memisahkan diri. Kami telah mengekalkan semangat pengembaraan dan keupayaan luar jalan yang pada dasarnya adalah Thar, tetapi kami telah mencipta identiti unik dalam dunia SUV elektrik. Usaha ini melangkaui mencipta satu lagi off-roader; ia membentuk visi yang mewakili langkah progresif dalam reka bentuk automotif, tanpa melupakan asal usul kami. Thar.e ialah pengisytiharan kami tentang masa depan yang menarik dan bertanggungjawab.”
Selain itu, Mahindra juga mahu mengekalkan ciri mesra alam sekitar apabila 50% bahagian fabrik diperbuat daripada bahan kitar semula PET (PolyEthylene Terephthalate) selaras dengan usaha mereka dalam memberikan kemampanan ke serata dunia.
BACA : MAHINDRA DAN SUV-NYA
BACA : 25,000 UNIT MAHINDRA SCORPIO-N HABIS DIJUAL DALAM MASA KURANG SEMINIT. LAKU SUNGGUH