Buletin

MAHU BELI FORD GT? TIADA MASALAH CUMA KENA TUNGGU 2 TAHUN

Jika diperhatikan sekarang ini trend pembelian kereta orang berduit ialah Ford Mustang. Tidak dinafikan reputasi yang dibina berpuluh tahun dan kemudian unit baharu dan terpakai di bilik pameran telah membuka ‘pintu banjir’ terhadap model ini.

Tidak dinafikan juga negara kita bertuah kerana mempunyai akses untuk kemasukan pelbagai model unik melalui pengimport bebas.

Lamborghini Urus, Honda NSX, McLaren dan sebagainya boleh didapati dari bilik pameran bebas atau melalui pesanan khas.

Cuma dalam banyak-banyak kereta ada satu model istimewa yang belum dilaporkan berada di tanah air lagi.

Model yang dimaksudkan ialah Ford GT.

Berita terbaru yang diumumkan Ford ini mungkin ada kena mengena apabila tempoh produksi GT dilanjutkan dengan anggaran dua tahun.

Dah kenapa? Menurut Ford model ini memang laku keras dan sekali lagi peluang akan dibuka untuk pelanggan di beberapa pasaran terpilih dunia bagi menempahnya.

Tempoh tempahan bermula 8 November dan hanya dibuka untuk satu bulan sahaja.

Mereka yang berminat boleh menempah melalui laman web Ford GT dan pemohon berjaya akan berkerjasama dengan Ford GT Concierge Service untuk ubahsuai khas unit mereka.

Pengeluaran Ford GT bermula pada Disember 2016 susulan pengumuman 1,000 unit yang dirancang selama empat tahun. Mereka yang berjaya membuat tempahan bakal memiliki kereta ini bermula tahun 2020 hingga 2022.

Tempoh ini panjang sama seperti projek MRT2.

Selain itu punca utama kenapa Ford GT begitu sukar untuk dilihat di atas jalan raya ialah jumlah serahan untuk pelanggan di Eropah hanya 80 unit setakat ini.

Ford GT dikuasakan oleh enjin 3.5 liter V6 turbo berkembar EcoBoost dengan badan yang diperbuat daripada adunan gentian karbon. Kereta super ini mempunyai kelajuan maksimum 347 km/j.

Ford baru-baru ini mengumumkan model istimewa GT Heritage Edition bagi meraikan ulangtahun ke-50 kemenangan Ford GT40 dalam perlumbaan Le Mans tahun 1968 dan 1969.

Model itu didatangkan dalam skema warna Gulf Oil, Heritage Blue dan Heritage Oren yang begitu terkenal.

BACA: SATU KETIKA DAHULU YAMAHA PERNAH MENGHASILKAN ENJIN UNTUK FORD DAN MENGGEGARKAN DUNIA AUTOMOTIF

BACA: FORD RANGER RAPTOR MASUKI PASARAN MALAYSIA AKHIR BULAN INI

Google ads
Back to top button