Buletin

MALAYSIA AUTOSHOW 2025 – ZEEKR 7X DIDEDAHKAN, HARGA BERMULA RM182K

Sempena Malaysia Auto Show 2025, Zeekr Malaysia secara rasmi mendedahkan Zeekr 7X, dengan pelancarannya dijadualkan berlangsung pada suku ketiga tahun ini.

SUV elektrik ini telah pun memasuki pasaran pandu sebelah kanan bermula di Thailand, dan kini bersedia untuk menembusi pasaran Malaysia.

Bagi pasaran tempatan, Zeekr 7X hadir tiga varian iaitu RWD Standard, RWD Long Range serta AWD Performance.

Dari segi dimensi, Zeekr 7X membawakan profil lebih besar berbanding Model Y, berukuran 4,825mm panjang, 1,930mm lebar, dan 1,666mm tinggi, dengan jarak antara roda 2,925mm.

Di China, SUV ini ditawarkan dengan dua pilihan bateri:

  • 75 kWj LFP “Golden Brick” – jarak pemanduan sehingga 605 km CLTC (sekitar 480 km WLTP)
  • 100 kWj NMC “Qilin” – sehingga 780 km CLTC (sekitar 615 km WLTP), serta boleh dinaik taraf kepada sistem pacuan semua roda (AWD)

Model pacuan belakang menghasilkan 421PS dan 440Nm, manakala versi AWD dengan motor hadapan tambahan mampu menjana gabungan kuasa 646PS dan 710Nm.

Meskipun lebih berkuasa, versi AWD masih mengekalkan jarak pemanduan yang mengagumkan – 705 km CLTC atau 543 km WLTP.

Ciri pengecasan pantas pula menerima sokongan DC fast charging 10-80% dalam hanya 10.5 minit untuk versi LFP, manakala versi NMC memerlukan sekitar 15 minit.

Tambahan, Zeekr 7X turut menyokong pengecasan dua hala (V2L) sehingga 60kW DC atau 3.3kW AC, hasil sistem 800V melalui platform PMA2+.

Bahagian dalaman pula tampil mewah dengan kelengkapan seperti:

  • Kluster digital 13.02-inci
  • Skrin infotainmen mini-LED 16-inci
  • Dua pengecas tanpa wayar Qi
  • Sistem audio 21 pembesar suara dengan speaker di perehat kepala
  • Upholsteri kulit Nappa
  • Tempat duduk elektrik di hadapan dan belakang

Untuk harga, Zeekr 7X ditawarkan pada harga seperti berikut:

  • RWD Standard: RM182,000
  • RWD Long Range: 195,000
  • AWD Performance: RM230,000

Untuk makluman, harga yang ditawarkan di atas adalah tawaran Istimewa kepada 500 pelanggan pertama sahaja.

GALERI:

Google ads
Back to top button