
YAMAHA YZF-R1M DAN YZF-R1 2025 – SAMBUTAN HEBAT DI JEPUN, TEMPAHAN DITUTUP!

Persaingan MotoGP memang hangat dan begitu juga di luar litar lumba. Terbaru Yamaha Motor Co. memaklumkan dua model super sport untuk pasaran Jepun iaitu YZF-R1M ABS mula dijual pada 31 Mac.
Sebuah lagi hero iaitu YZF-R1 ABS menyusul pada 30 Mei 2025. Perkhabaran yang menarik namun disebabkan sambutan menggalakkan Yamaha menjangkakan kapasiti pengeluaran menghampiri had.
Satu yang tidak menggembirakan apabila Yamaha telah pun berhenti menerima pesanan daripada pengedar. Pelanggan yang masih berminat perlu menghubungi pengedar berkenaan stok motosikal.

Dua perubahan utama pada model 2025 ialah pemasangan winglet baharu yang membantu kestabilan casis semasa menunggang.
Bahan balutan pelana direka semula bagi meningkatkan cengkaman dan sokongan ketika pengendalian agresif.
Untuk model YZF-R1, Yamaha memasang sistem suspensi hadapan KYB baharu dengan teknologi SDF (Separate Damping force Function) yang membolehkan kawalan redaman lebih jitu.

Selain itu brek hadapan Brembo dengan angkup monoblok Stylema® dan silinder induk jenis radial menambah baik rasa dan kawalan brek.
YZF-R1M ABS kini tampil dengan skema warna Carbon.
Skema ini menggabungkan kemasan gentian karbon dan hitam, bersama tangki aluminium bergilap dan lapisan lut sinar dan menggambarkan kemewahan dan prestasi kelas tertinggi.

YZF-R1 ABS ditawarkan dalam dua warna baharu iaitu Deep Purplish Blue Metallic C (biru, mewakili identiti YZF-R) dan Matte Dark Gray Metallic 6 yang menyerlahkan kecantikan rekaan badan.
Enjin 997 cc, empat silinder sebaris, DOHC menghasilkan kuasa maksimum 200 ps dan tork 113Nm.
Di Jepun, YZF-R1M ABS ditawarkan pada harga 3,289,000 yen (RM96,976) dan 2,530,000 yen (RM74,572) untuk YZF-R1 ABS.

Ciri-ciri YZF-R1M ABS dan YZF-R1 ABS 2025
Winglet Aerodinamik
- Menjana daya turun (downforce) untuk meningkatkan kestabilan ketika membrek dan memasuki selekoh.
Fork Terbalik 43 mm (KYB SDF Fork)
- Penyerap hentak hadapan berprestasi tinggi dengan fungsi redaman mampatan dan lantunan diasingkan antara tiub kiri dan kanan. (Khas untuk YZF-R1)
Kaliper Brek Brembo + Silinder Induk Jenis Radial
- Sistem brek hadapan dengan kaliper monoblok Brembo Stylema® dan silinder induk jenis radial untuk rasa membrek lebih tepat. (Khas untuk YZF-R1)
APSG (Sensor Posisi Pendikit Jenis Pemegang)
- Sistem pendikit elektronik sepenuhnya tanpa kabel, memberikan respons lebih jitu dan kawalan lebih tepat.
Paparan TFT Berwarna 4.2 Inci
- Panel meter digital penuh warna memaparkan maklumat tunggangan seperti tetapan YRC, sudut condong, masa pusingan dan data prestasi.
Penyerap Hentak Belakang KYB
- Unit redaman belakang standard keluaran KYB. (Untuk YZF-R1)
Suspensi Elektronik Öhlins
- Sistem suspensi pintar yang boleh laras secara automatik mengikut gaya tunggangan. (Eksklusif untuk YZF-R1M)
Panel Badan Gentian Karbon
- Reraut diperbuat daripada karbon sebenar untuk mengurangkan berat dan meningkatkan kecekapan aerodinamik. (Untuk YZF-R1M)
Tangki Aluminium Digilap
- Tangki bahan api aluminium dengan kemasan berkilat khas. (Untuk YZF-R1M)
Pelana Gaya Perlumbaan dengan Cengkaman Dipertingkat
- Material baharu yang memberikan pegangan lebih baik ketika membrek, membelok atau menukar posisi agresif.
Tayar Bridgestone BATTLAX Racing Street RS11
- Tayar jalanan berprestasi tinggi dengan cengkaman luar biasa, direka untuk kegunaan di jalan raya dan litar.
Spesifikasi Utama: YZF-R1M dan YZF-R1
Enjin:
- 997cc, 4-silinder sebaris, DOHC, 4-lejang, 4-injap
- Kuasa maksimum: 200PS @ 13,500rpm
- Tork maksimum: 113Nm @ 11,500rpm
- Aci engkol jenis crossplane, piston tempa, rod FS titanium, suntikan bahan api jenis 10-lubang aliran condong
Transmisi:
- 6-kelajuan, jenis klac basah multiplat
- Sistem YCC-T (Yamaha Chip Controlled Throttle) dan APSG (Accelerator Position Sensor Grip)
Casis dan Suspensi:
- Casis jenis Diamond
- R1M: Suspensi elektronik Öhlins (depan dan belakang)
- R1: Suspensi hadapan KYB SDF baharu + belakang KYB biasa
Brek:
- Depan: Brembo Stylema® (YZF-R1), cakera berkembar hidraulik
- Belakang: Cakera tunggal hidraulik
- Silinder induk jenis radial (R1 sahaja)
Ciri elektronik YRC (Yamaha Ride Control):
- Pilihan mod tunggangan A/B/C/D
- Tetapan boleh laras: PWR, TCS, SCS, LIF, QSS, LCS, BC, EBM
Paparan & Lain-lain:
- Paparan TFT penuh warna 4.2-inci
- Lampu hadapan LED
- Tayar Bridgestone Battlax RS11
- R1M: Reraut karbon dan tangki aluminium khas
- Berat: 203kg (R1M), 201kg (R1)
- Kapasiti tangki: 17 liter (ron tinggi)
Yamaha YZF-R1M 2025




Yamaha YZF-R1 2025

















