BuletinMotosikal

MAMPUKAH RS150R CABAR Y15ZR DALAM CUBPRIX 2018? HATI KAU MEMANG KERAS ROY…

Pendatang baharu CP150, Azroy Hakeem Anuar sedia menggalas tanggungjawab selaku pelumba utama pasukan Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing bagi menggantikan tempat Mohd Zaqhwan Zaidi apabila saingan musim ke-25 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS membuka tirai di Litar Lumba Tangkak, Johor, Sabtu dan Ahad ini.

Zaqhwan terpaksa melupakan saingan Kejuaraan Cub Prix musim 2018 sebelah diberikan tugas lebih besar untuk memberi sepenuh tumpuan dalam saingan Superbike Kejuaraan All Japan MFJ bersama pasukan Honda Asia Dream Racing disamping saingan SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC).

Tempatnya bakal diganti oleh Azroy disamping dua lagi pendatang baharu CP150, Harith Farhan baharin dan Md Aiman Azman.

“Tidak ada istilah pelumba utama, kedua atau ketiga di dalam pasukan, sebaliknya kami akan bekerjasama dan saling bertukar pendapat dan pandangan memandangkan semuanya pertama kali beraksi dalam kelas CP150.

“Cuma mungkin saya mempunyai sedikit kelebihan kerana pernah beraksi dalam perlumbaan Underbone 150cc berbanding Harith dan Aiman tetapi bukan tugaas mudah untuk berdepan dengan pelumba-pelumba berpengalaman lain,” jelas Azroy.

Sementara itu, pemilik pasukan, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini berkata, “Tugas kami agak mencabar pada tahun ini tetapi saya melihat dari sudut positif. Kesemua mereka masih muda, masih belasan tahun tetapi mereka ini sebenarnya merupakan antara prospek pelumba untuk masa akan datang.

“Saya akan cuba membimbing mereka sebaik mungkin sama seperti saya membimbing Zaqhwan sehingga berjaya mengecapi pelbagai kejayaan di peringkat kebangsaan dan Asia. Saya mahu mereka mengikut jejak seperti Zaqhwan atau lebih lagi,” jelasnya.

Pusingan pembukaan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018 di Litar Lumba Tangkak, 31 Mac dan 1 April ini yang juga merupakan ulangtahun sambutan musim ke-25 akan turut diserikan dengan kehadiran YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin Menteri Belia dan Sukan Malaysiadan kehadiran barisan pelumba antarabangsa Malaysia seperti Zulfahmi Khairuddin, Khairul Idham Pawi, Adam Norrodin, Azlan Shah Kamaruzaman, Zaqhwan Zaidi dan Hafizh Syahrin Abdullah. Masuk adalah percuma.

Google ads
Back to top button